Wednesday, August 3, 2022

Siapakah Tokoh2 Besar Pada Zaman Imam Al-Ghazali Menjadi Mujaddid?

 

Imam al-Ghazali merupakan mujaddid kurun pada zamannya. Imam lahir pada tahun 1056 atau 1058 Masihi dan meninggal dunia pada 1111 M. Katakanlah beliau mula berperanan besar kepada agama dan umat ketika usia baligh, maka bolehlah dikatakan tajdid untuk kurun tersebut bermula sekitar 1070 M. Oleh kerana dakwah tajdid lebih kurang satu abad, maka kita campurkan dengan 100 tahun. Secara ringkasnya, tajdid cetusan mujaddid kurun itu berlaku sekitar 1070-1170 M.


Jika tajdid si mujaddid dikira bermula daripada masa lahirnya pula, maka tempoh masanya ialah antara 1056 hingga 1156 M.


Sebagai kesimpulannya, mungkinlah era tajdid oleh si mujaddid kurun (Imam al-Ghazali) lebih kurang antara 1056 hingga 1170 M. Wallahua'lam.


TOKOH2 UMAT KETIKA IMAM MENJADI MUJADDID KURUN


Banyak wali2 Allah, ulama2 dan tokoh2 lain yang SEDANG HIDUP AKTIF (sedang berada di puncak) pada zaman tersebut (1056-1170 M). Dalam penulisan kali ini, kita senaraikan sahaja lebih dahulu nama2 tokoh tersebut. Insya-Allah dalam penulisan2 akan datang baru kita huraikan sedikit tentang mereka. Antaranya 30 orang yang terdiri daripada :


  1. Abu al-Hasan Hankari 1018-1093

  2. Abu Said Mubarak Makhzumi 1013-1119

  3. Imam al-Haramain (Imam Dua Tanah Haram, guru utama kepada Imam al-Ghazali) 1028-1085

  4. Nizam al-Mulk (Perdana Menteri Kerajaan Seljuk) 1018-1092

  5. Al-Farmadhi 1016-1084

  6. Alp Arslan (Sultan Kerajaan Seljuk) 1029-1072

  7. Yusuf al-Hamadani 1048/49-1140

  8. Alwi bin Ubaidillah ?-1118

  9. Malik Shah (Sultan Kerajaan Seljuk) 1055-1092

  10. Ali as-Sulami (Pemimpin utama jihad Perang Salib, murid Imam al-Ghazali) ?-1106

  11. Yusuf bin Tasyfin (Raja Kerajaan Murabitun) 1061-1106

  12. Abu Muhammad Hirzihim (murid Imam al-Ghazali) ?-1112

  13. Imam Ahmad Al-Ghazali (adik Imam al-Ghazali) 1061-1123/26

  14. Syeikh Abdul Qadir al-Jilani (pengasas Tarekat Qadiriyah) 1077-1166

  15. Ibnu Tumart (pengasas Kerajaan Muwahhiddun di Maghribi dan Sepanyol, murid Imam al-Ghazali) 1077-1130

  16. Ahmad Sanjar (Sultan Kerajaan Seljuk) 1085-1157

  17. Imaduddin Zangki (Raja Kerajaan Zangki) 1085-1146

  18. Abdul Mu'min bin Ali (Raja Kerajaan Muwahhiddun) 1094-1163

  19. Ali Hirzihim ?-1163

  20. Abu Najib as-Suhrawardi (pengasas Tarekat Suhrawardiyah) 1097-1168

  21. Ainul Qudhat (murid Imam Ahmad al-Ghazali) 1098-1131

  22. Ibnu Asakir 1106-1175

  23. Abdul Khaliq Ghijduwani ?-1179

  24. Ahmad ar-Rifa'i (pengasas Tarekat Rifa'iyah) 1106/1119-1183

  25. Nuruddin Zangki (Raja Kerajaan Zangki) 1118-1174

  26. Ali bin Muhammad Shahib Mirbath

  27. Abi Madyan (pengarang Hikam Abi Madyan) 1126-1198

  28. Ibnu Rusyhd 1126-1198

  29. Salahuddin al-Ayyubi (Sultan Kerajaan Ayyubiyah) 1137-1193

  30. Umar bin Abdullah as-Suhrawardi 1145-1234


2/8/22


No comments: