Wednesday, August 17, 2022

Kelajuan Bergerak Seiringan

 

Walaupun kita berkelajuan jet pejuang tetapi jika teman kita sekadar berkelajuan basikal, maka untuk bergerak seiringan, kita terpaksa memperlahankan kelajuan kita manakala teman kita pula terpaksa meningkatkan kelajuannya. Maka boleh jadi gandingan kita akan dapat KELAJUAN MOTOSIKAL BIASA (110 km/j).


Tetapi jika kita berkelajuan kereta lumba Formula 1 (yang tidak sampai pun kelajuan jet pejuang) dan teman kita berkelajuan motosikal biasa, insya-Allah untuk bergerak seiringan, gandingan kita boleh dapat KELAJUAN KERETA (160 km/j).


Jika kita berkelajuan jet pejuang dan teman kita juga berkelajuan jet pejuang, memang berdesup perginya secara seiringan.


Walau selaju mana keupayaan kita dan seperlahan mana keupayaan teman kita, masing2 hendaklah berusaha dan berikhtiar gigih untuk meningkatkan kelajuan masing2. Jangan terhenti setakat itu sahaja. Yang paling penting, kena bergerak.


5/4/22


No comments: