Thursday, August 18, 2022

Mereka Kuat kerana Berjaya Sibukkan Kita

 

Kita bukannya tidak kuat tetapi kita berjaya disibukkan oleh "mereka"

dengan hal2 selain "mereka". Sebab itulah "mereka" tidak tersentuh lagi tidak tergugat. Selagi kita berjaya disibukkan, umumnya selagi itulah "mereka" tetap selamat dan terus mencapai kejayaan demi kejayaan.


Yang "mereka" khuatirkan adalah apabila kita berjaya keluar daripada kesibukan2 yang "mereka" cipta lalu fokus pula kepada "mereka"! Ketika itu lemah lunturlah mereka lalu hancur.


Sebenarnya mereka tidak sekuat mana tetapi kealpaan dan sikap "tak pe" berterusan kitalah yang membuatkan "mereka" seperti sangat kuat. Lebih malang lagi apabila yang membantu menjayakan kesibukan2 yang "mereka" rancang itu ialah sebahagian daripada kita sendiri.


Antara alasan paling masyhur ialah kata2 yang berbunyi : "Kita dah duduk dalam sistemmm, tak boleh buat apa dahhh."


Sebenarnya itulah pemahaman yang "mereka" berusaha keras untuk menanamnya ke dalam minda kita dan... tidak boleh dinafikan yang "mereka" sangat berjaya.


18/8/22

No comments: