Wednesday, August 3, 2022

Al-Ghazali Itu Langit Tak Bertepi

 

Kata Imam al-Haramain (Imam Dua Tanah Haram) dalam mentamsilkan keilmuan dan pencapaian muridnya Imam al-Ghazali, "Al-Ghazali itu umpama lautan yang tidak bertepi."


Kata-kata ini diucapkan oleh Imam al-Haramain ketika dia masih hidup, sedang menjawat ulama nombor 1 daulah, menjadi pengetua Madrasah Nizamiyah (sekolah agama yang pertama di bawah kerajaan Islam), sebelum Imam al-Ghazali keluar beruzlah selama 11 tahun, dan sebelum Imam al-Ghazali mengasaskan Tarekat Ghazaliyah. Ketika itu Imam al-Ghazali masih anak muda.


Kata arwah mursyid sahaya dulu pula, bagaimanalah agaknya tamsilan bagi keilmuan dan pencapaian Imam al-Ghazali selepas Imam al-Haramain meninggal dunia, Imam al-Ghazali pula menjadi ulama no. 1 daulah, menjadi pengetua Madrasah Nizamiyah, kemudian selepas beliau tamatkan uzlahnya dan setelah mengasaskan Tarekat Ghazaliyah ketika beliau sudah berusia?


Bukan lagi ibarat lautan tidak bertepi, tetapi ibarat langit tidak bertepi!


Wallahua'lam.


1/8/22

No comments: