Sunday, August 21, 2022

Bayi2 yang Sakit Berulang-ulang

 

Orang2 dewasa sakit berulang2, memang kita kasihan. Mereka minta khidmat kita, kita cuba usaha dan ikhtiarkan. Tapi apabila kanak2 khususnya bayi2 sakit berulang2, kita yang diminta merawat ini pun terasa luluh hati. Lalu kita pun tolak dan tolak (yang datang menyerbu tanpa temujanji, terpaksalah kita pelawa masuk juga). Tapi semakin ramai pula yang datang, dan dari hari ke hari semakin bertambah (Januari-Mac 2022).


Walaupun bab lain kita adalah sikit2 berjiwa pejuang, tapi bab melibatkan bayi2 ini kita memang lemah. Tak sanggup kita menghadap. Hilang jiwa2 pejuang dah kalau bab yang ini. Hati luluh ni bukan main2 hal, kita nak bacakan doa pun tak lepas. Seolah2 anak kita sendiri pula. Ibu bapa si bayi ok2 sahaja, kita yang perawat pula dok control agar air yang bergenang di mata tak jatuh ke pipi. Mohon maaf ribuan maaf. Kita tak ada kekuatan dalam bab2 begini. Itulah antara faktor sampingan (faktor utamanya lain kali kita cerita jika sesuai) kita berhenti terus merawat sejak akhir Mac lalu.


Walaupun sudah masuk bulan kelima kita berhenti beramal (perubatan) dan mengubat, sesekali tetap ada yang minta bayi2 mereka dirawat. Namun terpaksalah kita tolak dengan baik. Kita beramal pun tidak, bagaimana mahu merawat? Hendak merawat ni bukan boleh mula beramal hari ini lalu esok terus merawat. Dapat 40 hari beramal, baru teguh persediaan kita. Jika kecemasan pun, kurang2 dua minggu beramal dan buat persediaan, barulah kot2 bersedia.


Ibarat pemain badminton, bola sepak atau tinju yang sudah bersara dan stop semua latihan berbulan2, tiba2 dipanggil kerana malam ini juga akan ada perlawanan mewakili negara ke peringkat antarabangsa. Manalah mampu dan memang tidak sesuai! Kurang2 pun 3-4 bulan kena berlatih semula membina diri dari zero.


Ringkas kata, kita memang sudah berhenti daripada merawat. Tambahan pula kita sudah punya urusan lain yang jauh lebih penting daripada itu untuk diuruskan, yang masa untuk itu pun sentiasa tidak mencukupi. Kita terpaksa mendahulukan yang lebih penting berbanding yang penting2.


19/8/22

No comments: