Friday, July 22, 2022

Zaman Akhir, Tak Diketahui Punca

 

Tidak tahu mengapa tiba2 mereka membunuh atau mengapa mereka dibunuh.

Tidak tahu mengapa tiba2 dia menghina atau mengapa dia dihina.

Tidak tahu apa sebabnya tiba2 dia melanggar atau apa sebabnya dia melanggar.

Tidak tahu apa sebabnya tiba2 orang memukul atau apa sebabnya orang dipukul.

Tidak pasti sebab-musabab tiba2 engkau memarahi atau sebab-musabab engkau dimarahi.

Tidak pasti sebab-musabab tiba2 engkau terjunkan orang atau sebab-musabab engkau terjunkan dirimu sendiri.

Entah mengapa tiba-tiba kami mengasari atau entah mengapa kami dikasari.

Entah mengapa tiba2 aku terlepas kata-kata atau entah mengapa aku jadi sasaran orang yang terlepas kata-kata.


Tiada yang misteri bagi yang mempelajari lalu memahami.

Berlakunya menurut as-sa'ah di dalam isyarat hadith Nabi.

Sepanjang merawat (tamat Mac tahun ini) sudah sedia dimaklumi.

Kerana datangnya pesakit bermasalah yang sama silih berganti.

Semakin bertambah dari sehari ke sehari.

Mereka berbuat tanpa menyedari tujuan di hati.

Jika dicari sebenar2 punca, tiada ditemui.

Lalu dikaitkanlah orang dengan masalah peribadi itu dan ini.


18/7/22

No comments: