Sunday, July 24, 2022

Kembalilah kepada Kaedah2 yang Diwariskan oleh Imam Al-Ghazali

LEBIH BAIK TUMPU kepada karangan-karangan Imam Hujjatul Islam al-Ghazali.


Masalahnya ahli-ahli ilmu sekarang ini SUDAH KURANG TENGOK karya-karya thabaqah-thabaqah yang lebih awal seperti al-Ghazali... BACA PUN TAK HABIS....TAK SELAMI.. (*maka) side effectnya... banyak isu kemudian yang tak dapat difahami dengan baik sebab tak cukup rujukan asas.


Kenapa title Hujjatul Islam sudah tidak wujud lagi pada peradaban Islam mutaakhir ini? Karya-karya Al-Ghazali tidak mampu difahami lagi oleh umat kini, mahupun di bahas... jadi seperti jauh panggang dari api.


Kalau kita tahu bahawa ada juga tokoh di kurun ke 7 hijrah cuba kritik al-Ghazali dan telah pun dipatahkan hujah-hujahnyĆ  oleh ulamak pada kurun-kurun selepasnya, mungkin kita akan dapat pulih sebentar daripada kepeningan kita kepada kekaburan yang dilemparkan orang pada ‘umdah umat ini, Hujjatul Islam al-Ghazali.


Kenapa kita tidak GUNA KAEDAH2 YANG DIWARISKAN OLEH AL-GHAZALI untuk kita umat mutaakhir ini UNTUK SEMUA JURUSAN? Kenapa Barat cuba apply, mereka tidak berjaya sepenuhnya sebab ketiadan iman? Itupun mereka dapat (*juga) sedikit mafa'atnya.


Elok sangatlah (*kita) KEMBALI MURAJAAH dan ULANG KAJI kitab-kitab Imam al-Ghazali. Besar faedahnya.


(Himpunan posting Ustaz Abdul Raof al Bahanji mudir Pondok Tampin di laman Facebook beliau, mengikut turutan. Tulisan asalnya tiada tajuk)



(*Seorang hamba Allah bertanya kepada Ustaz Raof) :

Pernah dengar sebelum ini ada yang berpandangan bahawa (*pada) masa kini lebih sesuai dengan karya-karya Imam Nawawi Rahimahullah untuk masyarakat kerana fitnah yang melanda terlalu besar hingga turut ke dalam karya-karya ulama' silam. Jadi karya Imam Nawawi seolah-olah dapat melenyapkannya dan jauh dari sebarang fitnah dan pertikaian semisal (*kitab) al-Azkar dan Riyadhussolihin. Apa pandangan Tn. Guru Ustaz?


(*Jawapan beliau) :

Banyak soal sanad-sanad hadis ja tu.. nak kata (*untuk) semua (*permasalahan), tak juga.. (*kalau untuk) fekah ok lah an-Nawawi. Itu pun kena tengok lagi fatwa2 ulamak mujtahid selepasnya seperti Ibn Hajar al-Haitami dan ar-Ramli. Adapun al-Ghazali , karya2 yang beliau tinggalkan boleh kata semuanya dalam bentuk METHOD, KAEDAH2.... Yang kalau kalau nak anggap karya2 ulamak kemudian hanyalah sebagai syarahan dan huraian, pun mungkin boleh.

Ya penting, seseorang yg berpegang dgn doktrin al ghazali akan lapang fiki

No comments: