Friday, July 22, 2022

Mengapa Jerat yang Sama Masih Diguna?

 

Sangat lemahnya kita kerana para penjerat masih memasang jerat yang serupa berulang kali. Mengapa jerat yang sama juga digunakan? Kerana mereka sedia maklum bahawa ia akan kekal berkesan walaupun sudah digunakan berulang kali. Jika sudah tidak berkesan, tentulah mereka akan mencipta dan memasang jerat fesyen baharu pula.


Kadang2 haiwan lebih bijak daripada sebahagian kita. Apabila 2-3 ekor spesis mereka terkena jerat yang sama, kaum kerabatnya yang lain tidak akan menghampiri lagi jerat yang serupa. Sehinggalah para penjerat mencipta jerat fesyen baharu pula, barulah menjadi semula.


Ini bukan lagi jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali, tetapi terus berkali-kali.

Jerat-jerat dipasang di tempat2 yang menjadi kesukaan, lokasi2 tumpuan, tempat2 keperluan, bukan di tempat2 yang rusa-rusa (sebagai contoh) keberatan untuk pergi. Haiwan yang menjauhi kawasan jerat, biasanya sukar untuk mendapat makanan, sukar untuk mendapat kawanan, pasangan, keseronokan, dan sukar untuk mendapat tempat tinggal yang selesa.


Tetapi, apabila sudah terkena jerat, jika tidak mati sebagai hidangan pun, akan hidup dalam cedera dan seksa lalu perlahan2 lemah dan mati juga. Ketika itu langsung tidak ada gunanya lagi makanan, kawanan, pasangan, keseronokan dan tempat tinggal selesa. Yang tidak selesa pun tidak ada, kerana sang rusa sudah tiada.


8/7/22


No comments: