Sunday, July 24, 2022

Virus dan Santau

 

Virus masuk ke dalam komputer. Kemudian virus itu mula merosakkan komputer dari dalam secara perlahan-lahan. Dari semasa ke semasa komputer mula buat hal. Satu hal demi satu hal.


Penyelesaiannya - keutamaan diberikan kepada usaha2 dan ikhtiar2 untuk mematikan, mengeluarkan atau melemahkan si virus. DAN di samping itu kita tetap berusaha dan berikhtiar untuk menangani hal-hal yang diwujudkan oleh virus itu dari semasa ke semasa.


Kesembuhan sebenar tidak akan berlaku jika virus itu sendiri tidak dipedulikan, lalu kita HANYA berusaha dan berikhtiar gigih untuk menangani hal2 yang dicetuskan oleh virus itu sahaja. Siang malam berhari2 buat perkara yang sama bersilih ganti lagi berulang-ulang iaitu :

- Banyak iklan muncul - habis banyak masa untuk tutup iklan sahaja.

- Beberapa fail penting hilang - habis banyak masa mencari atau buat fail2 baharu.

- Komputer selalu mati tiba2 - habis banyak masa untuk buka semula dan menunggu - berulang2.

- dan bermacam2 lagi.


Memanglah hal2 itu AKAN HILANG BUAT SEMENTARA tetapi kemudian akan berlaku semula bersilih ganti. Kemudian bertambah-tambah pula. Selagi VIRUS YANG BERTAPAK DI DALAM itu tidak dibereskan, selagi itulah komputer itu sering bermasalah, semakin banyak masalahnya, dan tidak lama kemudian terus rosak.


Lebih kuranglah keadaannya dengan tubuh badan manusia. Apabila masuk santau/racun/sihir/jin ke dalamnya, usaha dan ikhtiar UTAMA adalah untuk MEMBERESKAN YANG MASUK ITU, tanpa meninggalkan usaha dan ikhtiar untuk menangani hal2 yang diwujudkannya.


Namun begitu, banyak orang bersikap sebaliknya. Mereka begitu bersungguh-sungguh untuk menyembuhkan serangan2 itu tetapi endah tak endah untuk MEMBERESKAN "IBU"NYA yang di dalam.


Ibarat menyapu sampah di ruang tamu 10 kali sehari. Memang hilang habuk-habuknya. Namun markas utama sampah itu ialah di bawah sofa. Sebab itulah lepas sapu masih banyak juga habuk2 yang muncul lau kena sapu lagi. Tetapi sekiranya habuk2 di bawah sofa disapu, mungkin sehari sekali dua sahaja ruang tamu itu perlu disapu.


Contoh :

Santau itu membuatkan tangan dan kaki berkudis teruk. Maka habislah wang, masa dan tenaga ke sana ke mari untuk merawat kudis sedangkan ibunya yang di dalam tubuh dibiarkan sahaja. Tidak mustahil akan sembuh sebentar tetapi tidka mustahil juga ia akan berulang-ulang dan lebih teruk lagi.


Kemudian santau itu membuatkan kerap sakit kepala. Berhabislah ke sana ke mari mencari rawatan dan ubat-ubatan untuk sakit kepala sedangkan santau di dalam jasad itu tidak dipercaya pun wujudnya. Maka sakit kepalanya akan berterusan ada timbul tenggelam, dan perlahan-lahan ia semakin kuat pada setiap kali kemunculannya.


Baru sembuh kudis dan sakit kepala, datang pula demam yang kerap. Sebulan 4-5 kali demam panas. Berhabis pulalah ke sana ke mari mencari doktor, perawat dan bomoh. Tapi, SI PUNCA YANG DI DALAM badan tak dirawat2 juga.


Begitulah seterusnya sehinggalah ke akhir nyawa.


Selagi ibunya masih ada di dalam tubuh, begitulah jadinya. Maka kenalah berusaha dan berikhtiar secara gigih untuk mengeluarkannya.

Jika tidak boleh dikeluarkan, maka kenalah usaha dan ikhtiar gigih untuk mematikannya.

Jika ia tidak dapat dimatikan, kenalah usaha dan ikhtiar gigih untuk melemahkannya.


1/7/22


No comments: