Sunday, July 31, 2022

Prinsip yang Bolak-balik

 

"Sudah takdir Allah. Kita terima sahaja."

"Redha."

"Kita serah kepada yang ahli, yang pakar."

"Kalau ada pandangan yang lain, simpan sahaja dalam poket. Berdiamlah."


Inilah antara ratib yang diulang2 dahulu oleh sebahagian manusia, sehinggakan tidak boleh dikata apa lagi pun kepada mereka.


Tetapi... apabila harga barang2 melonjak dan barang2 tertentu tiada dalam pasaran, mereka itulah termasuk yang paling banyak berkata itu ini dan berbuat begitu begini.


Sudah ke mana redha yang diulang2 dahulu? Sudah tiada redhakah kini? Apakah yang berlaku ini bukan takdir daripada Allah juga? Mengapa tidak diterima sahaja lalu berdiam? Mengapa tidak serahkan sahaja kepada orang-orang yang ahli? Engkau pakarkah dalam hal harga barang dan keluaran barang? Mengapa tidak disimpan sahaja dalam poket segala pandangan, rungutan, ketidakpuasan hati, kemarahan, kecaman dan sebagainya?


Bagimana peganganmu boleh jadi sangat tidak stabil?


Terfikir-fikir....


30/6/22

No comments: