Tuesday, July 26, 2022

Seterusnya 10 Tulisan Pendek

 

1. Kita tetap MENGAJAK dan MENCEGAH walaupun ada orang2 tak suka kerana... Allah suka, Nabi suka, malaikat suka, guru suka.


2. Menang, seri atau kalah, Allah yang tentukan.

Manfaat atau mudarat, Dia yang buat.

Berjaya atau gagal, Dia yang tetapkan.

Namun usaha dan ikhtiar tetap kita perhebat.

Janganlah bimbang. Kuatkan semangat!


3. Di mana "duduk"mu ketika di dunia, sebegitulah "duduk"mu di akhirat. Usahalah sebelum akhir hayat.


4. Antara usaha kaum sufi adalah untuk membawa umat yang belum tahu Allah kepada tahu Allah, membawa umat yang sudah tahu Allah kepada kenal Allah, membawa umat yang sudah kenal Allah kepada cinta Allah.


5. Lagi tinggi maqam yang kita daki, maka lagi banyaklah ujian yang diberi, lagi banyak dan lagi besarlah syaitan2 yang berusaha menjatuhkan.

Teruskan hadapi, teruskan lalui. Jangan patah semangat, jangan mengalah.


6. Antara yang sukar untuk diperolehi dalam perjalanan kerohanian ini ialah keikhlasan dan kesediaan untuk merendah diri.


7. Daku lebih menyukai 1 orang yang teliti dalam berfikir dan bertindak berbanding 1000 orang yang hanya menerima, kurang mahu berfikir dan kurang mahu meneliti tapi cepat mahu bertindak.


8. Zaman akhir ini, baik perang politik atau perang betul... selalu juga pada akhirnya ketua2 perang akan saling berjabat tangan malah ada yang berpelukan (sama ada secara terang-terangan atau secara gelap-gelapan), tetapi orang2 bawahlah yang akan merana kerana itu dan ini berkorban dan terkena. Maka hendaklah engkau pertimbang semula dengan bijaksana.


9. Usaha dan ikhtiar kita hendak berharap biarlah kepada pihak2 yang boleh diharap. Kepada pihak2 yang sudah terbukti tidak boleh diharap, janganlah diharap2 lagi.


10. Kita belajar, kita beramal,

kita dakwahkan sekadar kemampuan.

Dan kita ajak pula

saudara2 kita yang lain

untuk pergi belajar, beramal,

dan berdakwah sekadar kemampuan.

No comments: