Sunday, July 31, 2022

Dah Cuba Baru Tahu, Tapi...

 

Hendak tahu dan kenal yang baik, yang benar dan yang bermanfaat itu biasanya tidak ada masalah. Tetapi dalam usaha untuk tahu dan kenal yang buruk, yang salah dan yang mudarat itu yang agak selalu diputar belitkan. RINGKAS KATA :


Hendak kenal rompakan, jangan sampai dia sendiri pergi betul2 merompak.

Hendak kenal pembunuhan, tak boleh saja-saja atau mudah-mudah membunuh.

Hendak kenal zina, bukan dengan pergi merasai zina.

Hendak kenal ketagihan bahan2, bukan dengan jadi penagih (sampai ketagihan).

Hendak kenal derhaka ibu bapa, bukan dengan cuba2 menderhaka.

Hendak kenal perceraian, bukan dengan saja2 bercerai talak satu.

Hendak kenal ateis, tak boleh hendak cuba jadi ateis sekejap.

Hendak kenal arak2, bukan dengan cara minum arak2.


"Kalau tak cuba, tak tahu, tak kenal. Kena cuba rasa dulu sendiri. Nanti orang tak boleh tipu kita dah."


Ini contoh alasan yang tidak benar tetapi selalu juga diguna. Ada had-hadnya dalam usaha dan ikhtiar kita untuk mengetahui dan mengenal sesuatu, mengikut keadaan. Dalam hal2 yang "besar" sebagaimana contoh2 di atas, tak boleh kita berpegangan sebegitu. Pegangan sebegitu sebenarnya lebih kepada untuk "menghalalkan" perbuatan dan menyedapkan hati agar terasa jauh daripada murka dan dosa.


Yang belum buat, mohon Allah jauhkan dan sendiri kena berusaha dan berikhtiar dengan gigih untuk mengelakkannya. Yang sudah pernah buat atau yang sedang buat? Mohon Allah pelihara, berhenti dengan kadar segera dan bertaubat. Allah Maha Pengampun, Maka Penyayang.


"Belum cuba, maka belum tau. Kena cuba dulu."

Kata2 ini benar tetapi bukan dalam segala perkara. Ada batas2nya.


Hendak sampai ke maqam mengenal sambal tumis petai, memanglah kena rasa di mulut dan ditelan lebih dahulu. Tak cukup dengan sekadar tengok2 dan pegang2 sahaja.

Hendak mengajar anak2 kecil cara menghalau kambing, kena suruh si anak cuba jerkah dulu - tengok jerkahannya tu berkesan ke tidak kepada kambing2 walaupun pada ASASNYA sengaja menakut2kan haiwan itu tidak baik.


31/7/22

No comments: