Sunday, July 24, 2022

Mencari Guru yang Benar2 Mursyid

PERSOALAN : Assalamualaikum ustaz. Saya nak minta ustaz jelaskan lebih lanjut tentang kata2 ustaz yang ini : "Berusahalah dengan gigih untuk mendapatkan guru yang mursyid yang sanadnya tidak terputus, sudah melepasi awwal ad-diin lagi menekankan keempat2 tungku/tiang agama."


JAWAPAN : Waalaikumussalam Tuan Xxxxxxx. Dalam kesempatan ini sahaya jawab SECARA RINGKAS dan UMUM, dan berkait dengan tiga perkara dalam tulisan itu sahaja. Semoga bermanfaat.


1. Guru yang benar2 mursyid itu sudah tentulah pengetahuannya (ilmunya), pengajarannya dan pencapaiannya tidak tersangkut pada ma'rifah (ma'rifatullah, awwaluddin ma'rifatullah, awwal ad-diin) sahaja. Jika setakat itu sahaja, jutaan orang pun ada di seluruh dunia. Guru2 mursyid mestilah mencapai tingkat2 yang lebih tinggi daripada itu iaitu melepasi nisfu ad-diin dan sekurang2nya mencapai akhir ad-diin sekalipun tidak mencapai kamal ad-diin. Bagaimana seseorang itu boleh menjadi mursyid sedangkan dirinya sendiri masih tersangkut pada awwaluddin ma'rifatullah sahaja? Awwal ad-diin (awwaluddin ma'rifatullah) itu adalah tingkat (maqam) tertinggi bagi orang awwam tetapi hanyalah tingkat terawal bagi orang sufi.


2. Guru yang benar2 mursyid itu sudah tentu ada tariqnya dan tariqnya itu tidak terputus sanadnya, yakni bersambungan terus sehinggalah sampai kepada Rasulullah saw. Sanad yang dimaksudkan di sini ialah sanad secara zahir yang jelas2 siapa mursyid kepada mursyid dan seterusnya sampailah kepada Rasulullah saw. Sanad2 secara ghaib hanya tambahan sahaja dan bukan hujah. Bagaimana seseorang itu boleh menjadi mursyid sedangkan dirinya sendiri tidak punya sanad yang jelas dan berkesinambungan?


3. Guru yang benar2 mursyid mestilah memberikan penekanan kepada keempat2 tungku/tiang agama iaitu al-iman, al-islam, al-ihsan dan al-sa'ah sekalipun dia mungkin mengajarkan salah satu tungku/tiang sahaja. Bagaimana seseorang itu boleh menjadi mursyid sedangkan salah satu daripada tungku/tiang agama yang paling penting lagi bertaraf fardhu itu tidak diberinya penekanan?


Maqsud (matlamat) tulisan sahaya itu, kita kenalah sangat berhati2 dalam memilih guru mursyid kerana sebenarnya :

i) banyak yang tidak mencapai mursyid tetapi mengaku-ngaku mursyid. Ini kesilapan si guru.

ii) banyak juga yang tidak mursyid tetapi orang tersangka/terpandang/teranggap mereka sebagai mursyid. Ini kesilapan kita.


Tetapi sekiranya kita mahu sekadar guru2 pembimbing yang walaupun tidak mursyid, tidak ada salahnya malahan masih sangat bagus. Sekurang2nya ada juga guru (mu'allim) pembimbing. Cuma jika kita bermatlamat untuk mencapai ilmu2/pengetahuan dan maqam2 yang lebih tinggi dalam keruhanian, kenalah cari yang benar2 mursyid.


Begitulah secara ringkasnya tanpa huraian lanjut dan perinciannya. Wallahua'lam.


5 MAC 2022

No comments: