Sunday, July 31, 2022

Wakil Tarekat Ghazaliyah di Pahang

 

Dalam dua minggu lepas ada dua orang hamba Allah dari negeri Pahang yang menyatakan minat mereka dengan Tariqah Ghazaliyah. Seingat saya, salah seorangnya dari Kuantan. Selepas membacanya, saya pun fikir... jawab kemudianlah, kerana pada kedua2 masa itu saya sedang sibuk, tak sempat untuk membalas. Kemudian... terus terlupa.


Dalam 2-3 hari ini teringat semula. Saya pun cubalah mencari semula kedua2 mesej tersebut tetapi belum ketemu. Entah melalui WhatsApp ke, Telegram ke, Facebook ke... apa ke... tak pasti.


Sekiranya tuan2 berdua ada terbaca tulisan ini, untuk urusan2 Tarekat Ghazaliyah (majlis penerangan, ijazah) di sekitar Pahang, tuan2 bolehlah cuba menghubungi dan berurusan dengan sahabat saya Tuan Abu Ihsan https://www.facebook.com/mohdfirdaus.thahuddin . Tuan2 bolehlah bertemu dengan beliau (mengikut kelapangan masanya).


31/7/22

No comments: