Saturday, July 30, 2022

Mimpi Petanda Zahirnya Nabi Zaman Akhir

Pada suatu malam dalam minggu lepas, saya bermimpi. Ringkas sahaja mimpinya. Saya menjenguk keluar dari sebuah bangunan. Di luar, hari sedang malam tetapi sangat cerah alamnya seperti ada cahaya terang yang menyuluh ke serata permukaan bumi. Saya pun melihat ke langit. Apabila dilihat betul2, rupa2nya di langit sebelah timur itu ada satu bulan sabit dan sebiji bintang yang amat besar, seolah2 berada sangat dekat dengan bumi, sebelah-menyebelah dengan bumi. Bulan sabit itu di bahagian bawah dan bintang itu di bahagian atas. Tetapi jika dilihat sepintas lalu, orang tidak akan terperasan kewujudan bulan dan bintang itu kerana kedua2nya tidak bercahaya, seolah-olah bersembunyi atau tersembunyi. Kita kena tumpukan mata betul2, baru nampak. Alangkah besar lagi dekatnya! Lalu ada suara yang berkata kepada hati (bukan berbisik ke telinga) saya mengatakan bahawa gambaran dalam mimpi ini ialah petanda zahirnya Nabi Isa as. Saya pun terus memerhatikan bulan sabit dan bintang itu... dan berakhirlah mimpi tersebut. Wallahua'lam. Tamat perkongsian.


28/7/22


No comments: