Thursday, April 28, 2022

Temu Ghazaliyah - Update 5

 

UPDATE 5 - Berdasarkan pengalaman2 lalu, kali ini kita memang kena buat KATEGORI TETAMU lalu disusun pertemuan2nya. Pernah banyak kali kita berusaha mengadakan pertemuan2 di sana-sini yang tujuannya sudah dinyatakan awal-awal iaitu untuk sesi penerangan tentang Tariqah Ghazaliyah. Tetapi sebahagian daripada yang buat temujanji dan hadir itu ternyata atas niat dan hajat yang lain. Tidak berkaitan pun dengan tujuan yang kita usahakan.


Dari situ timbullah beberapa masalah. Masalah utamanya ialah kita sudah menafikan peluang orang2 yang benar2 mahu bertemu untuk mendapatkan maklumat tentang Tariqah Ghazaliyah kerana masa yang kita ada dan jumlah tetamu sangat terhad. Ada yang terlepas peluang dan sampai sekarang masih belum dapat bertemu walaupun sudah bertahun-tahun. Kasihan rasanya kepada mereka kerana tempat mereka sudah diambil oleh orang lain.


BERDASARKAN PENGALAMAN :


1. Ada yang datang untuk sembang2 kosong dan kenal2 sahaja. Kita terpaksa layanlah juga. Kita raikan sebagai tetamu ziarah biasa.


2. Ada yang datang dengan tujuan untuk berubat. Ada yang memang tak ambil kisah pun tentang tasawuf. Kita terpaksalah menolak. Kita raikan sebagai tetamu ziarah biasa sahaja.


3. Ada yang datang terus untuk sembang hal yang tinggi2. Dia tak mahu dengar pun tentang Tariqah Ghazaliyah. Kita terpaksalah melayan dan meraikannya sebagai tetamu ziarah biasa sahaja. Kita mengelak daripada berkata2 tentang hal yang tinggi2 kerana kita pun tidak tahu sejauh mana pencapaiannya. Sembang2 tasawuf asas pun kita akan cuba elak. Hanya sembang2 kosong sahaja.


4. Ada yang datang sembang2 dengan tujuan untuk menguji. Kita terpaksa layan sebagai tetamu ziarah biasa sahajalah. Kita tak akan layan ujian2nya, bahkan sembang tentang tasawuf asas pun kita elak. Kita sembang2 kosong sahaja.


5. Ada yang datang dengan niat hujungnya sebenarnya adalah untuk bisnes. Kita terpaksa layan sebagai tetamu ziarah biasa sahajalah. Niatnya pula terpaksalah kita tolak.


6. Ada yang datang dengan niat utamanya sebenarnya untuk mengajak kita supaya menyertai aktiviti atau menyertai perkumpulan/jemaah/aliran yang didukungnya. Kita terpaksa layan sebagai tetamu ziarah biasa sahajalah. Niatnya pula terpaksalah kita tolak.


7. Ada yang datang dengan niat utamanya hendak berdebat. Yang sebegini kita terpaksa layan sebagai tetamu ziarah biasa sahajalah. Hajatnya untuk berdialog/berdebat terpaksa kita tolak pada hari itu. Kita akan berbual kosong sahaja. Namun kita sedia berikan kerjasama agar perbincangan untuk itu dibuat kemudian. Kita boleh berhubung kemudian. Dialog/diskusi/debat akan dibuat menurut adab2 perdebatan yang digariskan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab induk Ihya' 'Ulumuddin, dan kita sesuaikan dengan keadaan, dan zaman. Tetapi setakat hari ini hajat mereka hanya terhenti di situ sahaja kerana mereka tidak lagi menghubungi kita kemudiannya.


Ringkas kata, ada orang2 yang mahu datang dengan dengan niat dan hajat yang betul, tetapi tidak dapat datang kerana sesinya sudah diambil oleh orang lain yang datang dengan niat dan hajat yang tak ada kena-mengena dengan matlamat asal kita mengadakan program.


PENGKELASAN TETAMU KALI INI


Begitulah sebelum2 ini. Namun kali ini kita sudah kelaskan tetamu kepada 3 KATEGORI. Semua pun berpeluang hadir (mengikut kelapangan yang ada) iaitu :


i. Kategori A - Untuk yang BUKAN pengamal Tariqah Ghazaliyah (yang bukan di bawah tarbiah kami selama hari ini) datang mendengar penerangan tentang Tariqah Ghazaliyah


ii. Kategori B - Untuk yang BUKAN pengamal Tariqah Ghazaliyah (yang bukan di bawah tarbiah kami selama hari ini) datang untuk berziarah dan kenal2 sahaja.


iii. Kategori C - Untuk yang MEMANG PENGAMAL Tariqah Ghazaliyah sedia ada (yang memang sudah berada dalam tarbiah kita selama hari ini) datang berziarah dan/atau menambahkan pelajaran Tariqah Ghazaliyah.


Jadi, sekiranya tuan2 berhajat untuk bertemu :

1. Sila nyatakan kategorinya untuk kami cuba susun dan gabungkan dengan tetamu2 lain yang sama niat dan hajat.

2. Nyatakan juga jumlah individu yang berkemungkinan hadir bersama2 anda.


TAMAT

 

28/4/22


***Nantikan update seterusnya. Dan dangan lupa untuk membaca penulisan2 berkaitan sebelum ini di bawah, agar tidak berlaku salah faham.


ASAL-USUL PROGRAM : http://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/perancangan-temujanji-urusan2-tariqah.html


PENGUMUMAN AWAL : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-pengumuman-awal.html


UPDATE 1 : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-1.html


UPDATE 2 : https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-3.html


UPDATE 3 :http://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-3_27.html


UPDATE 4 - https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/temu-ghazaliyah-update-4.html




No comments: