Saturday, April 23, 2022

Fitnah Terbesar Itu Suka Jika Umat Islam Tidak Bersedia

 

Sejarah memberitahu umat Islam bahawa antara golongan yang disukai oleh tentera Monggol dan Salib ialah orang2 yang tidak berapa mahu ambil peduli tentang kemungkinan kehadiran tentera2 mereka. Dirasakan jauh lagi, entah sampai entah tidak, dan entah bila sampainya ke wilayah umat Islam. Jika sampai pun, umat Islam bertawakal sahaja. Umat Islam yang sebegitu pasti akan dapat melaluinya dengan jaya. Tambahan pula umat Islam ada daulah, ada khalifah, tentera umat Islam pun banyak, di serata dunia Islam ada, dan wali2 Allah pun ramai pada zaman itu.


Padahal ketika itu intelligence Monggol dan Salib sudah bertahun2 lagi ramai berada dalam kalangan masyarakat Islam. Tahu-tahu... Monggol dan Salib sudah pun sampai bagai tsunami. Dan... umat Islam terpaksa melalui penderitaan akidah, emosi, maruah, politik, ekonomi, sosial, beserta kehilangan sangat banyak jiwa dan yang cacat cedera dalam tempoh yang sangat lama.


Musuh2 yang sedang berjalan mari tetapi tidak dinanti dengan persediaan2 yang pasti, maka mereka tidak lagi berjalan melainkan akan berlari.


23/4/22

No comments: