Saturday, April 23, 2022

Mimpi Ramadhan Ikhwan Ghazaliyah Indonesia

 

PERSOALAN (dari Indonesia) : Maaf Tuan Ustadz mengganggu waktu sahurnya, saya takut lupa. Tadi malam saya bermimpi dengan Tuan Ustadz. Saya datang kedua kalinya ke rumah Tuan Ustadz, tapi rumahnya berbeda, seperti rumah panggung (***Rumah yang lantainya tinggi daripada tanah dan bertiang, macam rumah Melayu dahulu kala).


Ketika itu Tuan Ustadz berdua dengan seseorang yang tidak saya kenal, sepertinya Tuan Ustadz sedang menjelaskan sesuatu. Setelah dia pergi, giliran saya menemui Tuan Ustadz dan Tuan Ustadz mengajarkan kepada saya tentang makna kandungan kalimat zikir "Laa ilaha illallah" tapi saya tak banyak ingat, yang saya ingat hanya bahwa Laa ilaha illallah itu berkaitan erat dengan Ahad, Ahmad dan Muhammad. Kemudian datang xxxxx xxxxxxx (*salah seorang ikhwan Tariqah Ghazaliyah). Lalu saya terbangun.


Kira kira apa maksud mimpi saya itu Tuan Ustadz?


JAWAPAN : Waalaikumussalam xxxx xxxxx. Pada tafsiran saya, mimpi malam bulan Ramadhan ini menceritakan tentang :

i) "kedudukan" atau "keadaan" Tariqah Ghazaliyah pada masa kini, dan

ii) "kedudukan" dan "keadaan" xxxx xxxxx dalam jalan Al-Ghazaliyyah ini sendiri pada masa kini.


Antara hal yang penting dalam mimpi ini :

- rumah saya yang sudah berbeza

- rumah panggung (jarak dari tanah, tiang-tiang)

- orang pertama yang tidak dikenali identitinya

- orang yang bermimpi

- pelajaran berkaitan Laa Ilahaillallah dan pelajaran tentang Ahad, Ahmad dan Muhammad

- tidak banyak ingat isi pelajarannya

- kedatangan orang yang kedua, kemudiannya


Tafsirannya - ada seseorang yang sedang mendahului (melebihi) xxxx xxxxx dari segi ilmu dan amal Tariqah Ghazaliyah ini tetapi tidak jelas siapakah orangnya. Tentu sahaja ada hikmah tertentu mengapa Allah samarkan individu tersebut. Dan... xxxx xxxxx sendiri pula sedang mendahului orang yang kedua itu dari segi pengetahuan dan penghayatannya walaupun mungkin sebelum ini orang kedua itu yang mendahului xxxx xxxxx.


Namun begitu pada hari-hari mendatang hingga ke hujungnya, Allah yang Maha Mengetahui siapa yang dilebihkan-Nya. Wallahua'lam.


Pelajaran lanjutan tentang Laa Ilahaillallah itu sememangnya berada dalam sukatan tarbiah Tariqah Ghazaliyah dan xxxx xxxxx sudah pun memiliki sebahagian daripadanya. Bahagian yang xxxx xxxxx tidak ingat dalam mimpi itu merupakan sebahagian lagi yang bakal datang, insya-Allah.


Tentang Ahad, Ahmad dan Muhammad pula, pelajaran ini secara khususnya tidak ada dalam sukatan pelajaran (silibus) Tariqah Ghazaliyah (sekalipun kita ada pengetahuan/ilmu tentangnya juga). Ada aliran2 keruhanian lain yang menjadikannya sebagai silibus tarbiah mereka tetapi dalam Ghazaliyah tidak sebegitu. Pada pandangan Tariqah Ghazaliyah, seandainya hal itu tidak dimaklumi pun, kita masih boleh berusaha dan direzekikan untuk mencapai maqam2 yang tertinggi.


Orang2 yang sudah mencapai pemahaman lanjutan dalam Laa Ilahillallah itu sebenarnya sudah pun punya DAPATAN yang sama dengan orang2 yang mengikuti sukatan pelajaran Ahad, Ahmad dan Muhammad. Samalah halnya dengan orang2 yang sudah "mencapai" pelajaran tentang "nur" Allah maka sebenarnya mereka sudah pun mencapai apa-apa yang mahu dicapai dalam pelajaran "nur" Muhammad walaupun mereka tidak belajar tentang "nur" Muhammad. Orang yang memakan belimbing besi sebenarnya sudah pun meminum air belimbing besi, tanpa perlu diperah terlebih dahulu airnya untuk diminum. Ini sekadar satu contoh untuk MENGHAMPIRKAN KEPADA FAHAM, bukannya contoh yang sebenar atau contoh yang tersesuai.


Tentang Tariqah Ghazaliyah pula, "keadaan" dan "kedudukan"nya pada hari ini jauh lebih baik berbanding ketika kali pertama xxxx xxxxx datang dari Indonesia beberapa waktu dahulu. Hal ini beradasarkan TINGGI RUMAH yang mewakili gambaran kedudukannya. Tinggi rumah itu juga mewakili gambaran SELAMATNYA jalan Al-Ghazaliyyah ini dari segi ilmu dan amalnya, sebagaimana rumah-rumah Melayu lama yang tinggi daripada tanah itu umumnya SELAMAT daripada haiwan-haiwan berbahaya, banjir dan angin kuat. Manakala TIANG-TIANG itu pula mewakili gambaran KEKUKUHANNYA yang semakin bagus, juga sudah mulai muncul "tonggak-tonggaknya" (TIANG-TIANGNYA) iaitu orang2 yang sudah punya kemahiran dalam selok-beloknya lagi


Secara keseluruhannya mimpi tuan malam bulan Ramadhan ini membawa alamat yang sangat baik. Wallahua'lam.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

22/4/22


Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: