Saturday, April 23, 2022

Ramadhan 2021 dan 2022 : MImpikan Ahli2 Keluarga Yang Sudah Meninggal Dunia

 

Pada Ramadhan tahun 2021 yang lalu, saya direzekikan Allah bermimpi menerima kunjungan arwah tok (opah) saya yang datang bersama2 arwah ibu mentua saya. Ramadhan 2022 ini isteri saya pula bermimpi menerima kunjungan arwah adik lelakinya, arwah ibunya (ibu mentua saya dalam mimpi 2021 tadi) dan arwah bayi kami (yang sempat hidup dua hari sahaja). Inilah cerita kedua-dua mimpi Ramadhan ini.


MIMPI RAMADHAN 2021 (mimpi saya)


Arwah opah dan ibu mentua saya datang berziarah. Kemudian mereka tergesa-gesa pergi ke pintu depan. Pintu itu mereka buka seluas-luasnya. Kemudian mereka duduk di kiri dan kanan pintu sambil memandang ke langit, seolah-olah sedang menunggu sesuatu yang sangat penting tiba. Langit di luar nampak sangat cerah bercahaya walaupun ketika itu malam.


Saya berpendapat malam itu merupakan malam al-qadr bagi tahun 2021. Lanjutan kisahnya dan tanda-tanda lain boleh dibaca dalam penulisan saya yang ini https://alexanderwathern.blogspot.com/2022/04/lailatul-qadar-2021-yang-lalu.html .


MIMPI RAMADHAN 2022 (mimpi isteri)


Ada seorang hamba Allah (bersuara lelaki) memberi salam. Isteri saya pun membuka pintu. Orangnya tidak kelihatan tetapi dia bertanya, "Anak-anak yang sedang menunggu di syurga ada dua orang kan?" (Anak kami ada dua orang yang meninggal ketika kecil. Yang seorang gugur dalam kandungan ketika berusia 9-10 minggu yang kami namakan Muhammad. Yang seorang lagi sempat lahir selama dua hari yang kami namakan Saiyidah Aafiyah)

Isteri pun mengiyakan lalu dia menceritakanlah kisah kedua-dua orang anak kami itu.


Kemudian lelaki yang tidak kelihatan itu secara tiba-tiba menyerahkan bayi kami Aafiyah (seorang sahaja) yang elok berbedung. Seronoknya isteri bukan kepalang.


Seterusnya hamba Allah yang tidak kelihatan itu berkata, "Tengoklah siapa yang datang." Dia "menunjukkan" (dengan kata-katanya itu) kepada seseorang. Rupa2nya adik lelaki kepada isteri yang sudah meninggal dunia ada di situ. Esak tangis bercampur gembira bercampur sedih tidaklah terkatakan lagi.


Selepas itu si lelaki berkata lagi, "Perasan tak siapa yang ada di sebelah situ?" Dia "menunjukkan"
pula ke sat
u arah. Rupa2nya di situ ada ibu kepada isteri, yang juga sudah meninggal dunia.


Kemudian hamba Allah yang tidak kelihatan itu menceritakan beberapa perkara yang telah berlaku.


Akhirnya kata hamba Allah yang tidak kelihatan itu, "Tak mengapa. Lambat laun nanti semua orang akan tahu hal yang sebenarnya."


Kemudian isteri pun merehatkan ibunya di atas katil dan menyelimutkannya. Tamat mimpi.


Begitulah mimpi pada kedua-dua Ramadhan.


Wallahua'lam.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

23/4/22


Blog Debunga Teratai Syurgawi


No comments: