Sunday, April 17, 2022

Apa Itu Maslahah Mursalah?

Persoalan : Mohon bertanya tuan. Apa itu maslahah mursalah?


Jawapan : Ringkasnya maslahah mursalah ialah suatu keadaan yang difikirkan sesuai oleh ulama mujtahid untuk diadakan suatu hukum, kerana hukum itu nanti dijangka kuat untuk dapat mendatangkan kebaikan atau menghindarkan keburukan dalam masyarakat.


Imam al-Ghazali dalam kitabnya Al-Musytasyfa merumuskan maslahah mursalah sebagai : "Apa2 yang tidak ada bukti baginya daripada syarak dalam bentuk nas tertentu yang membatalkannya dan tidak ada yang memperhatikannya."


Biasanya maslahah mursalah bertujuan memelihara salah satu daripada lima perkara ini :

1. kesucian agama

2. nyawa

3. akal

4. keturunan

5. harta benda


Masalah mursalah boleh digunakan dengan syarat tiada dalil dalam daripada 4 sumber hukum yang disepakati Al-Quran. as-sunnah, al-qiya atau al-ijma' yang dapat menegaskan atau menghapuskan hukumnya.


Namun begitu maslahah mursalah sendiri termasuk dalam dalil-dalil yang diikhtilafkan iaitu sumber-sumber hukum yang diperselisihkan penggunaanya menurut para ulama.


16/4/22


Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: