Sunday, April 3, 2022

Mengapa Mudah Terpegaruh dengan Ulama Dunia?

 

Macam mana seseorang itu boleh terbelajar, terikut, terminat dan tersokong akan ulama jahat, ulama su', atau ulama dunia? (Persoalan dalam halaqah usrah minggu lepas)


1. Kerana orang itu tidak tahu (tidak ada ada ilmu pengetahuan dan pemahaman) untuk membezakan antara ulama yang benar dan yang tidak, antara ulama yang akhirat atau yang dunia. Dia tidak pernah diajar atau tidak pernah ditarbiah tentang pelajaran penting tersebut. Padahal Imam al-Ghazali sangat mementingkannya. Garis panduannya sudah disediakan, tidak perlu hendak mencari2 atau membuat2 yang baharu pun, cuma kita ikut sahaja pesanan2 Imam al-Ghazali itu. Ada yang tidak tahu kerana tidak diberitahu oleh para pengajarnya, dan ada yang tidak tahu kerana dia sendiri memang tidak mahu ambil tahu.


2. Kerana orang itu tidak mahu (tak ambil kisah) untuk membeza, sekalipun dia ada serba-sedikit ilmu membeza itu. Kononnya dia menganggap semua yang dipandang orang sebagai ulama atau agamawan itu sebagai ok, dengan alasan bersangka baik. Sebenarnya ilmu membeza ini bukan ilmu untuk bersangka buruk, tetapi ilmu untuk berhati2 dan menyelamatkan diri serta diri-diri yang lain. Bersangka buruk dilarang agama, tetapi berhati2 itu sangat disuruh agama. Jangan disamakan antara berhati2 dan bersangka buruk.


3. Kerana orang itu tidak boleh hendak menerima sekiranya ternyata tokoh yang dijadikannya guru, yang dia minati, yang diikuti, yang disokong, yang dipertahankan, yang dimuliakan, yang disangkanya sebagai mursyid, yang diyakininya sebagai wali, yang diambil ilmu daripadanya selama hari itu ternyata tokoh yang su'. Dia tidak sanggup untuk menerima kenyataan ini. Dalam kata lain, sebenarnya dia sudah pun terkena virus taksub.


Inilah antara faktor-faktornya.


29/3/22


No comments: