Sunday, April 17, 2022

Siapakah Ali Ibnu Hirzihim?

 

PERTANYAAN : Ustaz pernah dengar tentang Ali Ibnu Hirzihim di Morocco? Siapakah dia dan apa kaitannya dengan Tarekat Ghazaliyah?


JAWAPAN : Syeikh Ali ibnu Hirzihim ialah salah seorang mursyid dalam Tarekat Ghazaliyah pada abad ke-12 di Maghribi (Murrakesh/Morocco). Beliau merupakan guru kepada Syeikh Abi Madyan (yang terkenal dengan Hikam Abi Madyan itu). Beliau mengambil Tarekat Ghazaliyah daripada bapa saudaranya iaitu Syeikh Abu Muhammad bin Soleh ibnu Hirzihim yang merupakan anak murid kepada Imam al-Ghazali.


Syeikh Ali ibnu Hirzihimlah yang menubuhkan dan memajukan zawiyah Tarekat Ghazaliyah yang terkenal di Fez, Maghribi itu. Beliau jugalah yang bertanggungjawab membanyakkan dan menyerbarluaskan karya2 Imam al-Ghazali ke serata Afrika Utara khususnya di Maghribi, dan di Andalus (Sepanyol). Pada zaman itu amat sukar untuk mendapatkan kitab-kitab kerana jumlahnya sangat sedikit dan salinannya pun sedikit juga. Pada zaman sekarang pun kitab2 Imam al-Ghazali tidak banyak juga dimiliki orang ramai walaupun sudah sedemikian majunya percetakan, apatah lagi berbanding zaman dahulu yang hanya menyalin menggunakan tangan sahaja.


Dengan majunya penerbitan karya2 Imam al-Ghazali itu, kemudian muridnya iaitu Syeikh Abi Madyan (yang juga seorang mursyid dalam Tarekat Ghazaliyah) mengutuskan karya-karya Imam al-Ghazali ke Yaman iaitu kepada Faqih al-Muqaddam. Dikatakan itulah pertama kali penduduk Yaman mendapat sekian banyak karya2 Imam al-Ghazali.


Keismpulannya, Syeikh Ali ibnu Hirzihim memang sangat rapat lagi banyak jasanya dalam tarekat Ghazaliyah.


17/4/22


Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: