Saturday, April 23, 2022

Tafsir Mimpi Banyak Lintah

 

PERSOALAN : Salam ustaz. Maaf hendak bertanya tafsir mimpi (***dalam bulan Ramadhan ini). Beberapa malam sudah saya bermimpi pacat2 besar, mungkin juga lintah. Pada mulanya saya rasa tak selesa pada badan. Saya pun lucutkan seluar panjang. Sangat menggerunkan sebab pada kedua-dua belah paha saya sebelah dalam ada berpuluh2 ekor lintah yang besar2. Saya rasa takut. Geli pun ada. Terus saya cabut dan buang seekor demi seekor. Minta ustaz tolong tafsirkan jika dapat. Terima kasih.


JAWAPAN : Waalaikumussalam Tuan Xxxxxxx. Sebelum saya cuba tafsirkan sepenuhnya maksud mimpi ini, saya perlukan beberapa maklumat lagi.

1. Lintah2 itu ada menghisap darah tuankah?

2. Tuan berjaya buang kesemua lintah2 itu tak?


PERSOALAN : Seingat saya tak hisap. Macam menempel je. Saya baru dapat buang belas ekor. Yang masih melekat di paha banyak, puluh2.


JAWAPAN : Sefaham saya mimpi ini ada khabar baik dan ada khabar buruknya. Kebetulan kita memang sudah kenal lama. Saya tahu juga serba sedikit tentang masalah2 yang tuan lalui selama ini.


Lintah2 dalam mimpi ini = maksudnya kaum keluarga, kaum kerabat, atau sanak saudara. Dalam loghat orang sebelah kita ini biasa kita sebut sebagai adik-beradik (walaupun bukan seibu sebapa)

Paha kanan bahagian dalam = adik-beradik sebelah tuan

Paha kiri bahagian dalam = adik-beradik sebelah isteri tuan

Banyak lintah melekat pada paha = ada ramai (bukan semua) adik-beradik yang tidak berpuas hati dengan tuan dan isteri. Mereka suka sekiranya tuan dan isteri hidup dalam kesusahan dan kekurangan.

Di dalam seluar = mereka berusaha untuk membuatkan tuan dan isteri "jatuh" tetapi secara tidak terang-terangan.

Lucut seluar panjang = saya yakin tuan memang sudah sedia tahu hal ini kerana tuan sudah menyingkap dan menyedarinya. Cuma kali ini Allah perkukuhkan hal itu melalui mimpi yang didatangkan-Nya.

Lintah2 tidak sempat menyedut darah = setakat ini segala usaha mereka itu tidak diizinkan berjaya oleh Allah SWT walaupun mereka gigih mencuba.

Berjaya buang sebahagian kecil lintah = tuan sendiri juga berjaya bertindak menggagalkan sebahagian daripada perancangan mereka. Inilah khabar baiknya. Namun begitu panjang lagi cerita ini. Tuan dan isteri kena banyak2 bersabar dan berhati2. Insya-Allah satu hari nanti keadaan akan kembali baik.

Buang lintah, tidak membunuh = tuan tidak membalas perbuatan tidak baik mereka melainkan banyak bersabar dan berusaha menggagalkan sahaja.


Jadi tuan bolehlah menggabungkan sendiri maklumat2 di atas untuk mendapatkan gambaran mimpi ini sepenuhnya. Tuan dan isteri lebih memaklumi situasi yang berlaku.


Dalam hal berkenaan, saya yakin sebenarnya tuan dan isteri tidak bersalah. Hal ini kerana lintah atau pacat ini tidak kita cari tetapi ia yang datang mencari kita. Jadi, hal yang mereka tidak puas hati itu berpunca daripada sikap mazmumah dan niat tidak baik mereka sendiri. Sebagaimana sifat lintah, merea banyak mengikut2 naluri sahaja tanpa mengetahui hal sebenar. Wallahua'lam.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

23/4/22


Blog Debunga Teratai Syurgawi



No comments: