Thursday, April 14, 2022

10 Tulisan Pendek Lagi

 

1. Jika kita tidak punya perancangan, maka kita dengan mudah akan berada dalam perancangan orang lain.


2. Lemahnya jiwamu jika engkau masih MEMERLUKAN SANJUNGAN atau MENGHARAPKAN CEMUHAN orang untuk mengekalkan maqam atau menaikkan maqammu. - ilmu bersufi


3. Selalu juga kebenaran di depan mata sengaja didiamkan kerana mazmumah ego di dalam jiwa.


4. Mimpi hal yang sama oleh orang yang berbeza, maka erti mimpi itu tidak semestinya sama - Asas ilmu tafsir mimpi.


5. Nak takutkan manusia, wujudkan "hantu". Maka sebahagian besar drpd manusia akan percaya dan ketakutan, lalu mudahlah dipergunakan.


6. "Kalau betul kami zalim tentu dah kena apa2 dah. Tapi sampai sekarang tak kena pun!"

Kononnya itulah petanda lagi bukti daripada Allah bahawa mereka tidak bersalah. Padahal Namrud dan bawahannya, Firaun dan bawahannya pun kan lewat Allah datangkan hari-Nya? Tapi ketika hari-Nya itu tiba, mereka sudah terlewat.


7. Data2 tidak berguna jika sekadar dilihat TANPA MAHU diteliti dan cuba difahami, diambil iktibar lalu dijelmakan dalam tindak susul.


8. KADANG2 kebenaran itu hanya perlu disampaikan, jangan dipertahankan atau dipaksakan, kerana kesedarannya akan datang kemudian.


9. Tiada atau lemah ilmu membeza membuatkan gagal membezakan antara bersangka buruk dan berhati2. Umumnya ilmu membeza dipelajari, tidak datang sendiri.


10. Jika zaman fitnah Muktazilah sahaja dulu sebegitu ramai yg tumbang, takkanlah zaman fitnah terbesar jadi sikit pula. Lagi berganda ramainya.


No comments: