Tuesday, March 15, 2022

Tidak Disyaratkan Sebarang Bacaan Sebelum Berzikrullah

PERTANYAAN : Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh tuan ustadz. Bolehkah kita "kirim Fatihah" kepada Rasulullah dan Imam Al Ghazali sebelum baca zikir harian dan wirid harian?



Selama ini saya baca langsung (*terus berzikir sahaja). Belakangan ini agak menurun kerajinan saya. Ada yang kata kalo bikin amal tu hadiah Fatihah dahulu kepada Nabi dan yang punya amalan. Mohon penjelasannya tuan ustadz.


JAWAPAN : Waalaikumussalam.

Boleh dibaca Al-Fatihah.

Tidak baca pun tak mengapa.

Tidak disyaratkan dalam Tarekat Ghazaliyah untuk baca apa-apa.

Jadi, boleh sahaja jika mahu dibaca apa pun sebelum zikir harian dan bacaan 10 harian itu yang bersesuaian mengikut kelapangan kita seperti Al-Fatihah, zikir Allah Allah Allah, Surah Asy-Syarh, Surah Al-Baqarah, malah walau seluruh Al-Quran pun boleh jika berkemampuan.


Mac 2022

No comments: