Monday, March 14, 2022

Tertarik dengan Satu Mimpi Berkaitan Bukit, Hutan dan Banjir

 

Ada terbaca satu perkongsian mimpi oleh seorang wanita pada 2-3 hari lepas. Lebih kurang ceritanya.......dia bermimpi naik ke atas bukit. Kemudian dia turun dari bukit itu melalui kawasan hutan untuk ke luar. Di dalam hutan itu ada ramai manusia.


Semua manusia itu tidak berani untuk keluar kerana ada macam bayangan lembaga hitam yang menghalang mereka keluar. Padahal lembaga hitam itu tidak wujud pun. Si wanita yang bermimpi itu cuba meyakinkan mereka tetapi mereka tetap takut untuk keluar. Mereka masih percaya ada lembaga hitam yang cuba menghalang mereka.


Jadi, si wanita pun keluarlah dari hutan tersebut. Memang benar, tidak ada sebarang lembaga hitam pun. Cuma apabila si wanita tiba di luar, ada banjir berlaku dan dia terpaksa melaluinya.


Tamat mimpinya.


Mimpi ini saya sekadar kongsikan sahaja kerana si wanita tidak pula meminta saya untuk mentafsirkannya.


14/3/2022

No comments: