Tuesday, March 22, 2022

Nak Dapatkan Qalbun Saliim?

 

Nak dapatkan qalbun salim?

Antara kaedah utamanya

engkau ikut sahaja segala aturan agama,

sama ada aturan yang (kehendak hawa nafsu) engkau suka,

atau aturan yang (kehendak hawa nafsu) engkau tidak suka.

Jangan dipilih-pilih.


Insya-Allah engkau akan berasa

kepala dan dadamu lapaaang sahaja.

Itu tandanya qalbumu semakin salim.


Bagaimana jika sudah buat begitu

tapi qalbu tidak juga salim-salim?

Maksunya engkau lemah dalam mengusahakannya.

Maka engkau mesti melipat-gandakannya.

Tekan sekuat hati akan kehendak hawa nafsumu.


19/3/22


No comments: