Monday, March 28, 2022

Mimpi Arwah Ibu Menarik Tangan

 

Mimpi seorang hamba Allah yang minta sahaya tolong tafsirkan...ibunya yang sudah meninggal dunia ada dalam mimpinya. Mula2 tu biasa2 sahajalah, macam kehidupan seharian. Tiba waktu malam, tiba-tiba si ibu kelihatan macam menyeramkan lalu menarik2 tangan si hamba Allah dengan kuat dan hamba Allah itu berusaha untuk melepaskan diri. Sungguhpun macam menyeramkan tetapi tak adalah hantu ke, benda2 atau makhluk2 pelik ke. Apakah maksudnya?


Mimpi ini tidak berkaitan dengan hantu, jin, sihir dan seumpamanya. Ia bermaksud semasa hidupnya dulu si ibu ada mahu si anak melakukan sesuatu perkara tetapi si anak keberatan atas sebab2 tertentu dan wajar. Dalam hal ini si anak tidak bersalah. Si anak yang (bermimpi itu) tahu hal tersebut. Saya yang mentafsirkan pun tak tahu hal tersebut.


27/3/22

No comments: