Tuesday, March 15, 2022

Awal Penciptaan Versi HH Pula

 

PERSOALAN : Awal penciptaan versi Dxxxxxxxx Uxxxx Hx Hxxxxxx Xxxxx Xxxxx.
Awalnya ada dzat Allah. Dari dzat Allah keluar nur sekecil atom. Dari dzat atom itu meledak menjadi dzat ciptaan seluruh alam.


JAWAPAN :

1. Ditulis : " Awalnya ada dzat Allah."


Benar.


2. Ditulis : " Dari dzat Allah keluar nur sekecil atom."


Jika yang dimaksudkan itu ialah "daripada" Zat Allah "keluar" "nur"... benarlah. Jika bukan, tidak benarlah.


3. Ditulis : "...keluar nur sekecil atom."


Bahagian ini tidak benar. "Nur" yang "daripada" Zat Allah itu tidak berkait dengan saiz, kecil, besar dan sebagainya.


4. Ditulis : "Dari dzat atom itu meledak menjadi dzat ciptaan seluruh alam."


...maka yang ini juga tidak benar.


ZAT ALAM atau ZAT MAKHLUK ini dijadikan daripada BELUM ADA kepada ada. Fahaman yang dibawa oleh orang itu ialah zat alam atau zat makhluk ini betul2 terjadi daripada sebahagian yang sangat kecil lagi halus (serpihan, pecahan,potongan) daripada Zat Allah, iaitu daripada ADA kepada ada. Padahal Zat Allah Maha Sempurna, mustahil boleh terpecah, dipisah, diambil, terbahagi, dan sebagainya. Hanya zat makhluk yang boleh terpecah, dipisah, diambil, terbahagi dan sebagainya.

No comments: