Saturday, March 26, 2022

Huzaifah ibnul Yaman Ejen Perisik Rasulullah

 

Huzaifah ibnul Yaman terkenal sebagai seorang penyimpan rahsia2 tertentu kepada Rasulullah SAW, dan...salah seorang ejen sulit (intelligence) utama bagi baginda. Carilah kisah2nya. Maka Imam al-Ghazali yang mengikut jalannya Huzaifah pun bukan calang2 orang bagi pemerintah Seljuk sejak zaman Perdana Menteri Nizam al-Mulk. Banyak kerja2 Imam al-Ghazali kemudiannya di Syam, Palestin dan Khurasan yang tertutup kepada orang2 atas nama uzlah. Yang diselitkan dalam Uyanis Buyuk Selcuklu itu sudah bercampur2 antara yang benar dan yang sekadar rekaan. Dalam siri buku Terbit yang melimpahkan cahaya Naungan ke atas Tariqah al-Ghazaliyyah, ada dimasukkan nama raja2 dan pembesar2 daulah Islam bertariqah Ghazaliyyah sejurus selepas zaman hidup al-Ghazali yang sebenarnya mereka sangat handal dalam kerja2 intelligence. Tokoh utama umat Islam ketika tentera Salib menyerang wilayah Seljuk pada zaman itu, yang mengarang Kitab Al-Jihad ketika itu, tidak lain ialah murid khsusus kepada Imam al-Ghazali di Syam. Carilah orangnya dan ceritanya.


25/3/22

No comments: