Thursday, March 31, 2022

Tanda2 Engkau Seorang yang Kaya

 

Orang yang kaya itu

kurang perlu dan hendaknya.

Maka jiwa dan hidupnya selalu cukup

sekalipun mereka tidak kaya

dan tidak merasa

pelbagai perkara

yang dikejar2 orang lain

dalam hidup di dunia.

Hati mereka sering bahagia

kerana jarang2 tertekan

untuk mendapatkan.


Orang yang miskin itu

sangat banyak perlu dan hendaknya.

Maka jiwa dan hidupnya selalu tak cukup

sekalipun mereka kaya harta

dan sering merasa

pelbagai perkara

yang dikejar2 orang

dalam hidup di dunia.

Hati mereka sering menderita

kerana asyik tertekan

untuk mendapatkan.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

31/3/22

No comments: