Monday, March 28, 2022

Takwil Mimpi Manusia2 Berjubah Putih di Langit

 

MIMPI TUAN Xxxx : Assalamualaikum ustaz. Semoga ustaz dan keluarga sihat selalu. Maaf ye ustaz sekiranya saya mengganggu. Sekiranya tidak keberatan, saya nak mohon ustaz takwilkan mimpi saya. Saya bermimpi dua orang kanak2 berjubah putih dan berkopiah berada di atas langit sedang bermain2 kejar-mengejar dan seorang tua yang berjubah dan berkopiah jugak ada di atas langit tengah tengok saya tidur di bawah. Mohon maaf te ustaz jika saya melangkaui adab.


JAWAPANNYA :

Waaalaikumussalam. Diharapkan semoga Tuan Xxxx dan keluarga pun sihat2 hendaknya. Akhir-akhir ini, memang selalu saya diminta tafsirkan mimpi yang di dalamnya ada dua orang lelaki, pemuda, remaja atau kanak2.


Kanak2 berjubah putih yang sedang bermain2 kejar-mengejar di atas langit itu ialah takwilan bagi dua orang murid Tarekat Ghazaliyah yang sedang aktif, sedang beraktiviti dan telah mencapai maqam2 tertentu (Tuan Xxxx dan mereka saling mengenal walaupun tinggal berjauhan, malah pernah bertemu muka), manakala orang tua itu ialah takwilan bagi gurunya. Si guru berharap agar Tuan Xxxx juga suatu hari nanti dapat aktif sebagaimana murid2nya yang dua orang lagi itu dan mencapai apa yang capai, kerana ada potensi yang boleh dibangunkan dan dibangkitkan pada diri Tuan Xxxx, tetapi buat masa ini masih tertidur. Begitulah takwil mimpi tersebut. Wallahualam.


2/2/22 (Tarikh soalan ditanya)

27/3/22 (Baru berpeluang menjawab)

No comments: