Wednesday, March 9, 2022

Cara Bertaubat

 

Persoalan : Assalamualaikum ustaz. Saya nak bertaubat dengan sebenar2 taubat. Saya ada buat kesilapan dan mahu bertaubat. Mohon panduan.


Jawapan : Waalaikumussalam. Panduan saya :


1. Rendahkan diri serendah-rendahnya dan mengaku kepada Allah bahawa diri memang buat kesilapan, serta berasa sangat menyesal kerana telah melakukan kesilapan tersebut.


2. Selalu minta dengan bersungguh-sungguh agar Allah ampunkan kesilapan2 tersebut dan hapuskan dosa-dosanya. Banyakkan istighfar.


3. DAN dalam masa yang sama, diri selalu berusaha gigih untuk menghalang orang2 lain daripada melakukan kesilapan2 tersebut.


Yang nombor 1, banyak orang buat.

Yang nombor 2, banyak orang buat.

Yang nombor 3, kurang orang buat, Padahal ia sangat pentng lagi sangat memberi nilai tambah kepada taubat kita. Jangan ditinggalkan.


Abu Zulfiqar

9/3/22

No comments: