Sunday, December 28, 2025

Yang Melambatkan Perjalanan Keruhanian Kita

 

Apakah antara hal2 yang melambatkan perjalanan kita dalam keruhanian, tauhid, tasawuf, ma’rifah, mahabbah dsb?

Yang melambatkan perjalanan kita pada jalan keruhanian menuju ke puncak gunung ini biasanya kesilapan kita, kelalaian kita, dan kecuaian kita.

 

i) Masa berjalan mendaki (nama pun salik), jangan sibuk layan hal2 yang di tepi2 jalan. Insya-Allah cepatlah jalannya. Memang ada banyak panggilan, godaan, hal2 menarik keinginan kita di sepanjang hidup kita ini. Maka kita kena bertahan. Kita kena berkorban. Jika kita tak sanggup yang ini, memang akan lambatlah walaupun dah lama belajar.

 

ii) Masa berjalan itu (maksudnya di sepanjang usia kita di dunia ini), ambillah barang2 yang bertaraf perlu sahaja, dan usaha bawa barang2 yang bertaraf perlu sahaja. Barang2 yang bertaraf kehendak, bolehlah diambil tetapi biarlah sedikiiit sahaja, sekadar untuk mententeramkan hati sedikit.

 

Memang kita kena sangat kurangkan hal2 yang tidak bertaraf perlu. Insya-Allah cepatlah jalannya. Melayan hal2 bertaraf kehendak ini akan memakan banyak masa kita, melalaikan kita, menambah berat tanggungan kita, dan sebenarnya menushakan kita dan menderitakan kita untuk mencapainya. Jika kita tak sanggup untuk kurangkan, maka akan lambatlah.

 

Macamlah kita pergi mendaki gunung. Perjalanan pergi dua hari, balik dua hari. Kita bawa barang2 perlu sahajalah. Akan jadi lambat, cepat penat, nak marah2 jika kita bawa banyak barang. Jadi banyak bebanan itu kerana kita nak bawa sekali hal2 yang bersifat kehendak. Dia bawa buku diari, novel 3 buah, bawa pedang sebilah pisau Rambo sebilah parang lading sebilah pisau lipat sebilah, air gas 3 botol besar, baju 10 pasang… memang akan bawa masalah untuk diri sendiri dan untuk orang lain juga.

 

iii) Masa mendaki itu, jika ada tersilap (tak kiralah tersilap apa pun yang berkenaan) – sama ada tersilap jalan, tersilap bawa barang, tersilap step mendaki, tersilap makan minum banyak sampai mudah kelelahan, tersilap urat, tersilap buat keputusan, tersilap tindakan dsb – segeralah buat pembetulan sesegera mungkin. Jangan biarkan begitu sahaja dengan harapan ia akan pulih dengan sendiri atau ia akan hilang begitu sahaja. Insya-Allah cepatlah jalannya.

 

Contohnya, kita nak mendaki gunung tapi tersilap pakai kasut berkilat untuk kerja pejabat. Kena usaha tukar atau buat sesuatu. Jangan dibiarkan dengan harapan kita akan ok atau masalah itu akan hilang begitu sahaja. Selagi tidak dibetulkan, kita akan berterusanlah menangung beban masalah itu sampailah ke sudah. Larat ke nak tanggung? Sebab itulah jadi lambat. Tambah2 jiak kesilapan itu bertindan2.

 

iv) Sepanjang pendakian, jangan langgar pantang-larang, jaga adab yang sudah ditarbiyah oleh guru atau oleh malim gunung (pemandu jalan) – Ini tidak. Nampak lubang pelik2 di tanah atau pada pokok, saja2 pi jolok. Suka cakap yang tak baik, yang mencarut, yang boleh buatkan orang (termasuklah bangsa jin) marah. Ternampak hal yang indah2 sikit, terus teruja bukan main. Keterujaan boleh dizahirkan dan bagus dizahirkan tetapi biarlah berpada2. Keterujaan sebenar kita biarlah untuk Allah sahaja. Jika sellau langgar peraturan, memang akan lambatlah perjalanannya.

 

v) Di sepanjang pendakian, fikir diri dan team – fikir orang lain sama, kasihi umat. Jangan fikir diri sendiri sahaja. Insya-Allah lancarlah jalannya. Jika kita fikri diri kita sendiri sahaja, nak ikut kepala kita sendiri sahaja, itu yang terpisah daripada ikhwah, ketinggalan di belakang terlencong ke lain, tersesat jalan, atau kita terlepas jauh ke belakang.                                                                  

 

vi) Sepanjang pendakian, amalkan ilmu2 yang sudah ditarbiyah oleh malim gunung. Mulakan dengan doa, ingat Allah sepanjang perjalanan (berlafaz zikrullah di dalam hati), terkejut atau terlatah – sebut lafaz zikrullah, waktu take five (duduk tenangkan diri, atur nafas, jangan banyak bercakap nanti takut letih, jangan terlebih makan minum), dan jangan buat hal2 yang mazmumah seperti marah2, dengki, sombong, dsb. Insya-Allah sejahtera dan lancarlah perjalanannya.

 

Sudah tentu akan jadi lambat jika kita banyak ambil hal2 yang bertaraf kehendak, banyak bawa barang2 bertaraf kehendak, tidak berusaha membetulkan kesalahan2, banyak kali langgar pantang-larang, fikir kepentingan diri sendiri, tak buat amalan2 yang dipesan oleh malim gunung dsb.

 

Maka jelaslah bahawa lambatnya kita dalam perjalanan keruhanian ini berbanding orang2 lain biasanya kerana kesilapan kita, kelalaian kita, kecuaian kita. Usahalah agar jangan buat hal2 yang melambatkan perjalanan ini, walaupun kita sudah lama belajar ilmu2nya.

 

Ilmu2 nak bagi laju, kita dah bagi dan sentiasa bagi. Cuma nak ambil tindakan atau tidak, nak buat perubahan atau tidak, sanggup berkorban lebih sikit atau tidak, yang itu atas diri salik sendiri.

 

 

-          Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-300 pada 20 Disember 2025. Syarahan KEAJAIBAN QALBU siri ke-22 oleh Paklong Abu Zulfiqar

No comments: