Sunday, December 21, 2025

Menuju Karib Dengan Allah

 

Ilmu, amal, pemahaman, kesedaran dan tindakan2 berkaitan qalbu ini sangat penting. Tambahan pula kita hendak taqarrub atau hendak qarib atau hendak lebih “hampir” dengan Allah tidak boleh dengan fizikal (tubuh badan) melainkan dengan qalbu. Zat Allah tidak boleh kita hampiri dengan anggota badan kerana ZatNya tidak terpengaruh dengan tempat, arah, posisi, jarak. Tetapi Allah boleh kita “hampiri” dengan sesuatu yang ghaib iaitu qalbu. Lagi hampir, lagi tinggilah tingkatan kita di dalam jannah-Nya di akhirat nanti.

 

Oleh sebab itu, kita janganlah berasa jemu untuk mengejar ilmu2 berkaitan qalbu ini, di samping kita mengejar ilmu2 yang lain.

 

Kita berdoa dan berharap semoga Allah rezekikan kita lagi dan lagi tentang keajaiban qalbu ini dari segi ilmunya, pemahamannya, kesedarannya, tindakan2 amalnya, dan maqam2nya. Tunggu pun kita tunggu, usaha pun kita usaha.

 

-          Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-299, syarahan Keajaiban Qalbu siri ke-21 pada 13 Disember 2025 oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari

No comments: