Sunday, December 28, 2025

Qalbu Para Wali Melihat Lauh Mahfudz

 

QALBU PARA WALI & AHLI LADUNNI “MELIHAT” LAUHUL MAHFUDZ

 

Sebagaimana yang kita sudah maklum, bahawa pada lauh mahfudz itu sudah tertulis segala sesuatu. Termasuklah di sana ada maklumat2 tentang kejadian yang kecil2, kejadian yang sederhana, kejadian yang besar2, dan kejadian2 yang amat besar.

 

Apabila sesuatu kejadian yang bertaraf amat besar akan berlaku, para wali Allah dan orang2 yang tidak waliyullah tetapi berilmu ladunni, mereka akan “nampak” pada al-lauhul mahfudz itu. Hampir2 mustahil mereka tidak mendapatnya. Paling2 kurang pun dalam bentuk isyarat2 yang sederhana.

 

Jika tidak “nampak”, alamatnya mereka bukan wali Allah atau belum wali Allah, walaupun ramai orang kata mereka wali Allah. Mereka juga tidak tergolong dalam kalangan orang2 berilmu ladunni atau belum berilmu ladunnilah itu, walaupun ramai orang anggap mereka berilmu ladunni. Ataupun mereka pernah dikurniakan pangkat kewalian atau ilmu ladunni, tetapi sudha tercabut kewalian dan keladunniannya. Sebab itulah tirai lauh mahfudz tidak etrangkat untuk mereka, yang membuatkan mereka tidak “nampak” apa peristiwa amat besar itu.

 

Kebanyakan orang takut hendak menyaring kerana lemah ilmu membeza mereka. Maka Allah sudah tolong saringkan. Orang2 yang bagus mata hatinya insya-Allah akan faham situasi ini.

 

Apabila hal2 yang amat besar dan bersifat sejagat akan berlaku, para waliyullah dan orang2 berilmu ladunni pasti akan dapat sesuatu daripada lauh mahfudz. Tetapi jika hal yang akan berlaku itu bersifat kecil, atau sederhana, atau sekadar besar sahaja, maka hanya segelintir waliyullah dan ahli ladunni yang dapat.

 

Begitu juga jika hal yang akan berlaku itu bersifat setempat, atau pada wilayah2 tertentu, atau bukan sejagat (bukan seluruh dunia), hanya segelintir wali Allah dan orang2 berilmu ladunni yang dapat.

 

Contohnya kelahiran Rasulullah saw. Hal ini merupakan peristiwa yang amat besar dan bersifat sejagat. Maka menjelang kelahiran baginda saw itu, para waliyulah di seluruh dunia sudah dapat maklumat daripada al-lauhul mahfudz. Boleh dikatakan mustahil ada wali Allah yang tak dapat sebarang maklumat berkaitan. Semua dapat. Cuma, ada yang dapat gambaran atau isyarat yang jelas, ada yang dapat gambaran atau isyarat yang kurang jelas. Maklumat2 ini akan membentuk tindakan.

 

Macam tsunami di Acheh 2004 dan banjir di Sumatera 2025 ini, tak semua waliyullah dan ahli2 ladunni di seluruh dunia dapat sesuatu daripada lauh mahfudz, kerana peristiwa itu bersifat setempat bukan sejagat, dna bukan peristiwa yang amat besar. Bahkan waliyullah dan orang2 berilmu ladunni di situ  sendiri yakni di Sumatera sendiri tak semua dapat.

 

Macam Perang Dunia I dan II, ia boleh dikatakan hal yang amat besar dan bersifat sejagat, walaupun ada tempat2 yang tidak terlibat. Maka wali2 Allah dan ahli2 ladunni di seluruh dunia pasti akan dapat maklumat daripada lauh mahfudz menjelang berlakunya peristiwa2 tersebut. Jika tak dapat apa2, ertinya bukan walilah atau belum walilah, dan bukan atau belum berilmu ladunnilah. Dan banyak juga orang2 yang sebelum itu sudah diangkat sebagai wali atau sudah berilmu ladunni, tetapi dicabut kewalian dan keladunnian mereka. Allah sudah tolong saring.

 

Samalah halnya dengan wabak besar yang berlaku di seluruh dunia. Ia lebih besar lagi daripada World War I dan II kerana boleh kata semua negara dan wilayah di muka bumi ini terlibat. Ia bersifat amat sejaga. World War pun tidak setara itu. Ertinya ini satu peristiwa yang amat besar. Maka, semua waliyullah dan ahli2 ladunni di seluruh dunia pasti sudah dapat menjelang berlakunya. Maklumat2 ini kemudiannya akan membuahkan tindakan mereka.

 

-          Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-300 pada 20 Disember 2025. Syarahan KEAJAIBAN QALBU siri ke-22 oleh Paklong Abu Zulfiqar

No comments: