ANTARA KELEBIHAN ORANG ARIF
Kata al-Imam al-Ghazali : “Berlebih kurangnya tingkat kebahagiaan adalah menurut berlebih kurangnya ma’rifah dan iman.”
Dalam kitab Misykatul Anwar ada dicerita. Kitab ini sudah pernah saya syarahkan kepada ahli rumah saya, dan kemudian syarahan yang lebih baru lagi oleh Ustaz Dzul al-Ghazali.
Secara ringkasnya, setara mana ma’rifah dan tauhid kita di dunia ini, setara itulah tingkat kita di dalam jannah nanti. Orang yang rendah ma’rifah dan tauhidnya, maka rendahlah kedudukannya walau sebanyak mana pun amalan2 fizikalnya semasa di dunia.
Orang yang tinggi ma’rifah dan tauhidnya, dia berpeluang mendapat kedudukan2 yang tinggi sekalipun amal2 fizikalnya kurang.
Sekadar contoh : Macam orang mendulang emas. Orang kata di suatu kawasan itu ada emas. Luas kawasannya 10 ekar. Ada orang pergi2 terus mendulang dari pukul 7 pagi sampai 7 malam. Memang dapat emas. Work hard. Kerja 12 jam, pendapatan sehari RM250.
Ada orang lain yang pergi pukul 8, balik pukul 1. Tapi pendapatan sehari RM500. Kerja 5 jam sahaja. Sebab? Dia ma’rifah. Dia kenal. Dia kenal tempat mana ada mana tak ada, tempat mana banyak tempat mana sikit, tempat mana halus2 tempat mana besar2. Inilah contoh perbezaan antara orang yang ma’rifah dan tidak.
- Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-299, syarahan Keajaiban Qalbu siri ke-21 pada 13 Disember 2025 oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari
No comments:
Post a Comment