SEJAUH MANA MENUJU MATLAMAT KERUHANIAN?
Mungkin kita tidak bercaya mencapai matlamat akhir pun (dalam maqam2 keruhanian ini). Tetapi matlamat akhir itu bukankah wilayah ketentuan Allah? Yang kita hendak capai ini adalah sejauh mana perjalanan hendak sampai kepada matlamat tersebut.
Contohnya kita dari negeri Perak ini hendak pergi ke Negeri Sembilan. Berjaya sampai ke matlamat itu atau tidak, belum tahu lagi. Tapi yang kita hendak usaha dan capai adalah sejauh mana kita dapat pergi mendekati matlamat kita iaitu Negeri Sembilan. Ada tahap2, level2 atau maqam2 yang kita kena usahakan dan capai dalam perjalanan menuju ke Negeri Sembilan itu.
Antara contoh tahap2nya :
i) Kita usaha hendak berjaya capai maqam keluar dari muka pintu rumah.
ii) Kita usaha nak capai maqam berjaya masuk ke dalam kereta.
iii) Kita usaha nak capai maqam kereta dah bergerak.
iv) Kita nak capai maqam 1 km terawal.
v) Nak capai maqam 10 km. Nak capai 100 km. Nak capai separuh perjalanan, dan seterusnya.
Itulah usaha kita, tindakan kita, progres dan perubahan yang kita nak buat. Usahanya berterusan, tindakannya berterusan, progresnya berterusan, perubahannya pun berterusan.
Progres atau perubahan ini pula tidak boleh terlalu perlahan atau selalu berhenti. Jika tidak, kita tidak sampai ke mana2, lambat sampai, atau tidak sampai2.
Katakanlah perjalanan dari Perak ke Negeri Sembilan, jika dicampur dengan waktu berhenti rehat, lebih kurang 5 jam. Dalam masa 1 jam yang pertama itu, bagi orang yang memandu pada kelajuan biasa, dia mungkin dapat bergerak sejauh 100 km. Orang yang memandu laju sikit, mungkin boleh capai 120 km.
Tapi ada sebuah kereta ini, walaupun masa mula bergerak itu sama2 bergerak, dalam masa 1 jam, ia baru mencecah 10 km. Sebab apa? Kerana dia bawa pun sekadar dengan kelajuan 30 km sejam (lambat, perlahan sangat, lambat berubah, lemah tindakan, kurang fokus). Kemudian, dia banyak pula berhenti. Mula2 berhenti beli kopi ais. Jalan ke depan sikit, berhenti pula jawab telefon. Kemudian berhenti isi minyak dan pergi buang air kecil pula.
Jelasnya, dia jadi lambat sebab lambat mahu berubah ke depan dan selalu berhenti2. Bawa dengan kelajuan (sepatutnya disebut dengan kelambatan) 30 km/j dan 3 kali berhenti. Padanlah pun setelah 1 jam, dia baru capai perubahan sejauh 10 km sahaja.
Katakanlah jika dia memandu pada kadar kelajuan biasa sahaja pun, dia sudah berjaya mencapai perubahan/ peningkatan sejauh 100 km. Tidak perlu memandu laju pun. (Malangnya kelajuan biasa pun dia tidak capai).
Bahkan pemandu2 lain yang keluar lebih lewat daripada dia, sudah ada yang berjaya memotongnya. Katakanlah dia bertolak pada pukul 9 pagi. Pada pukul 10 pagi, dia baru berubah kedudukan sejauh 10 km. Tapi orang lain yang keluar pukul 9.30 pagi, memandu pada kelajuan biasa2, tenang2 sambil sembang2, lihat2 pemandangan – mereka sudah pun berjaya berubah sejauh 50 km. Berjaya sampai ataupun tidak ke Negeri Sembilan, itu belum tentu lagi. Tetapi jelas mereka lebih mendekati N. Sembilan berbanding pemandu 30 km/j tadi.
Jadi, kemajuan dalam keruhanian ini banyak bergantung kepada sekuat mana tekad kita, keberanian kita, kesanggupan kita untuk berkorban kita, kesediaan kita untuk membuat perubahan, dan fokus kita.
Dalam keruhanian ini, katakanlah kita target maqam yang tertinggi dalam 7 petala tasawuf iaitu maqam kamaluddin. Maqam tersebut mungkin kita tidak berjaya capai pun seumur hidup kita. Tetapi, berapa kilometer kita dekat dengan matlamat tersebut?
Ada orang yang lagi 100 km ke maqam kamaluddin.
Ada orang yang lagi 20-30 km.
Ada orang yang lagi 2-3 km je.
Ada orang yang lagi 2-3 meter.
Yang ni yang kita sangat harapkan.
- Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-299, syarahan Keajaiban Qalbu siri ke-21 pada 13 Disember 2025 oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari
No comments:
Post a Comment