Sunday, December 21, 2025

Waliyullah dan Lauh Mahfudz

 

WALIYULLAH DAN LAUH MAHFUDZ

 

Sebagaimana yang kita sudah maklum, bahawa pada lauh mahfudz itu sudah tertulis segala sesuatu. Termasuklah di sana ada maklumat2 tentang kejadian yang kecil2, kejadian yang sederhana, kejadian yang besar2, dan kejadian2 yang amat besar.

 

Apabila sesuatu kejadian yang bertaraf amat besar, para wali Allah dan orang2 yang tidak waliyullah tetapi berilmu ladunni, mereka akan “nampak” pada al-lauhul mahfudz itu. Hampir2 mustahil mereka tidak mendapatnya. Paling2 kurang pun dalam isyarat2 yang sederhana. Jika tidak “nampak”, alamatnya mereka bukan wali Allah le tu, walaupun ramai orang kata mereka wali Allah. Mereka tidak tergolong dalam orang2 berilmu ladunnilah itu walaupun ramai orang anggap mereka berilmu ladunni. Allah sudah tolong saring. Insya-Allah bahagian ini akan kita sentuh dalam pengajian2 yang akan datang.

 

-          Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-299, syarahan Keajaiban Qalbu siri ke-21 pada 13 Disember 2025 oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari

No comments: