GOLONGAN YANG SEDAR AKAN KEPENTINGAN MA’RIFATULLAH
Ada orang2 yang berasa ma’rifah ini tidak penting. Lalu mereka mengabaikannya sahaja.
Ada orang2 yang mereka setakat dapat tahu – bahawa ma’rifah ni sangat penting untuk diusahakan. Tapi mereka tak faham pun sejauh mana pentingnya nak usahakan ma’rifah ni. Lalu mereka pun tidak mengusahakannya, mengabaikannya, atau lemah dalam mengusahakannya.
Ada pula orang2 yang mereka bukan sahaja sudah dapat tahu, tetapi sudah sampai ke maqam faham akan kepentingan ma’rifah. Tapi malangnya mereka terhenti setakat itu sahaja. Mereka tidak berusaha pun untuk mencapai dan meningkatkan maqam2 ma’rifah. Mengapa? Kerana mereka belum sampai ke maqam sedar. Mereka belum punya kesedaran. Maka tiadalah tindakan.
Ada pula orang2 yang mereka sudah sampai ke maqam mendapat kesedaran betapa pentingnya ma’rifah ini untuk diusahakan. Lalu mereka pun bertindak, cuba buat perubahan diri, berusaha berguru, belajar dan beramal dengan usaha biasa2, sambil2an.
Ada pula orang2 yang mereka sudah sampai ke maqam mendapat kesedaran betapa pentingnya ma’rifah ini untuk diusahakan. Lalu mereka pun bertindak, cuba buat perubahan diri, berusaha berguru, belajar dan beramal dengan usaha gigih, berusaha keras.
Golongan pertama tadi, yang anggap ma’rifah ini tidak penting untuk diusahakan, golongan ini yang paling ramai.
Golongan kedua tadi, yang setakat tahu bahawa ma’rifah ini penting untuk diusahakan, ramai.
Golongan ketiga, yang setakat tahu dan faham bahawa ma’rifah ini penting untuk diusahakan, agak ramai.
Golongan keempat yang sudah tahu, faham bahkan sedar bahawa ma’rifah ini penting untuk diusahakan, kurang.
Golongan kelima yang sudah tahu, faham bahkan sedar bahawa ma’rifah ini penting untuk diusahakan, lalu mereka berusaha dengan gigih (mujahadah), sangat kurang bilangannya.
Muhasabah diri - aku berada dalam golongan yang mana?
- Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-300 pada 20 Disember 2025. Syarahan KEAJAIBAN QALBU siri ke-22 oleh Paklong Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment