Kita sama2 ingat akan Allah selalu. Sebut nama-Nya selalu : “Allah. Allah. Allah” sama ada berlafaz di mulut, atau berlafaz di hati, atau pada kedua2nya sekaligus.
· Tilawah dan baca terjemahan Al-Quran pada setiap hari. Ambil tahu cerita2 di dalamnya walaupun secara sepintas lalu.
· Sampaikan dakwah pun setiap hari walau sekadar satu ayat, satu perkataan, satu posting, satu isyarat. Sebagai pecinta rasululah, tentunya kita mahu mencontohi sifat menyampaikan (tabligh) baginda.
· Kita sama2 tunjukkan (bukan menunjuk2) contoh2 yang mahmudah di mana sahaja kita berada.
· Istiqamah solat2 sunat pada tiap hari.
· Amalkan sunnah2 Rasulullah saw dalam kehidupan. Tambah dari sehari ke sehari – sunnah yang besar2, sunnah yang kecil2, dan sunnah yang seni2.
· Usahalah membawa imej yang baik bagi Allah, Rasulullah, agama Islam, umat Islam, dunia tasawuf sufi, Tariqah Ghazaliyah, Imam al-Ghazali.
· Jadikan idola utama kita ialah R4’S (Rasulullah saw, 4 orang sahabat paling utama, dan sahabat2 utama yang lain). Merekalah golongan terbaik bagi umat ini, contoh teladan terbaik.
- Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-299, syarahan Keajaiban Qalbu siri ke-21 pada 13 Disember 2025 oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Amsyari
No comments:
Post a Comment