KITA YANG BAWA DARI DUNIA KE AKHIRAT
Jelaslah bahawa kesedaran dan nur ma’rifah yang kita dapat di dunia ini, di akhirat nanti akan berubah menjadi kelajuan perjalanan kita di sana dan nilai tempat2 yang bakal kita duduki di dalam jannah nanti. Tanpa disedari, sebenarnya semua itu sudah kita sendiri yang bawa siap2 dari sini. Bak kata Imam a-Ghazali pada tempat yang lain, segala “alat2 seksaan” kita di akhirat itu nanti pun, sebenarnya kita yang bawa siap2 dari dunia ini. Maka kita tidak boleh hendak menyalahkan mana2 pihak pun nanti.
Maka janganlah kita menjadi orang2 yang rugi sejak dari dunia, dan janganlah kita menjadi orang2 yang mendapat sedar hanya setelah tiba di akhirat. Dari segi syariatnya, kita mestilah mengusahakan kesedaran dan nyalaan nur ma’rifah hingga ke peringkat mujahadah.
Kita berharap agar Allah rezekikan kita nur ma’rifah yang sempurna sedari dunia hinggalah ke akhirat. Semoga Allah tempatkan kita pada maqam2 tertinggi di dalam jannah nanti, juga ketika “memandang-Nya” yang mana nikmat “memandang” ini adalah nikmat tertinggi di akhirah.
"Wahai Rabb kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu". (At-Tahriim : 8)
- Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-300 pada 20 Disember 2025. Syarahan KEAJAIBAN QALBU siri ke-22 oleh Paklong Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment