Bicara tarbiyah. Kita memang tahu dan faham bahawa jika kita menanam benih lalang, maka lalanglah yang akan kita tuai, bukannya padi. Tetapi kebanyakan orang yang sudah sedar mereka menanam atau tertanam benih lalang, namun mereka buat tak kesah, tiada usaha dan tindakan untuk mematikan atau menyahkan benih2 lalang, lalu mereka terus berharap akan tumbuh juga padi di tengah2 lalang. Maklumat2 (benih2) yang kita masukkan atau termasukkan kepada kanak2, yang itulah akan hidup dan tumbuh subur bersama2 peningkatan usia mereka. Jika kita masukkan atau termasukkan benih lalang, lalu kita tidak usaha buang atau matikan, maka pokok lalanglah yang akan kita terima walaupun kita tidak mahu menuainya.
21/12/25
No comments:
Post a Comment