Sunday, December 28, 2025

Perbezaan Darjat di dalam Jannah

 

PERBEZAAN DARJAT DI DALAM JANNAH

Berkata Imam al-Ghazali : “Berlebih kurangnya darjat isi jannah adalah menurut berlebih kurangnya qalbu dan ma’rifah mereka.”

 

Syarahannya - Para penghuni jannah berbeza dari segi kebahagiaan, kenikmatan, kelazatan, pengalaman, dan perasaan. Perbezaan ini terhasil berdasarkan setinggi mana bagusnya qalbu dan ma’rifah mereka semasa di dunia dulu. Memang semuanya penghuni jannah, tapi dari segi maqam, kedudukan, darjat, tingkatan, level, kebahagiaan, kenikmatan, dan kelazatan - berbeza2.

 

Macamlah orang2 kaya. Memang semuanya orang kaya, tapi kekayaan mereka berbeza2. Maka kenikmatan yang mereka kecap juga berbeza2.

 

Ada orang kaya yang pendapatan bulanannya RM30,000, RM50,000, ratus2 ribu, juta, puluh juta dsb.

Ada orang kaya yang rumahnya 3-4 biji. Ada yang berbiji2.

Ada orang kaya yang tanahnya puluh2 ekar. Ada yang ratus2 ekar.

Ada orang kaya yang harga kereta utamanya ratus2 ribu. Ada yang juta2. Ada yang punya pesawat peribadi.

 

Semua berlainan maqam dan berlainan kenikmatan.

Tapi jika niatnya sekadar : “Alah, asal dapat jadi orang kaya jadilah.”

Jenis yang ini, kita tak dapat nak bantu banyak, kerana matlamatnya sudah dihadkan siapa2 pada level yang rendah.

 

Begitulah halnya dengan keadaan di dalam jannah. Para penghuninya mempunyai maqam2 yang berbeza dan mengecap tahap kenikmtan yang berbeza juga. Lagi cantik qalbu, lagi tinggilah kenikmatan di dalam jannah. Lagi tinggi ma’rifah, lagi hebatlah kenikmatan di dalam jannah.

Tapi jika niatnya sekadar : “Asal dapat masuk syurga dah le.”

Jenis yang ini, kita tak dapat nak bantu banyak, kerana matlamatnya sudah dihadkan siapa2 pada level yang rendah.

 

Macamlah tamslan yang kita ambil dalma kuliah sebelum ini. Sebagai guru, kita nak bawa dan lorongkan anak2 murid kita agar dapat yang tertinggi iaitu A+ atau A. Kurang2 pun dapat yang masih tinggi macam B atau C. Tapi jika si murid awal2 dah set minda dia, dah hadkan matlamat dia pada level yang rendah iaiatu asalkan lulus sudah…maka tak banyak yang boleh kita bantu, walau kita usaha keras membantu.

 

Matlamat pelajaran dan tarbiyah ilmu tauhid dan tasawuf ini adalah yang itu – untuk mendapatkan maqam yang setinggi mungkin di dalam jannah. Matlamatnya bukan sekadar untuk sekadar dapat terlepas daripada naar dan dapat masuk ke dalam jannah.

 

Kata al-imam : “Orang yang tidak memiliki hal itu akan melihat di atasnya tingkat2 yang tinggi.”

 

Ali berkerjaya, Ahmad berkerjaya, Salim pun berkerjaya. Tapi pendapatan bulanan Ali RM1000, pendapatan Ahmad RM500,000, pendapatan Salim RM100,000,000.

 

Ketoag2nya orang berkerjaya tetapi jauh beza tak antara RM1000 dengan RM500,000?

Jauh beza tak antara RM500,000 dengan RM100,000.000?

Sangat jauh beza.

 

Dalam peperiksana pun sama. 1 marakah sahaj pun kadang2 sudah membawa perbezaan maqam yang amat ketara. Ada orang dapat 40 markah – lulus. Dapat sijil. Ada orang dapat 39 marakah – gagal. Tak layak dapat sijil. Padahal perbezaannya hanya 1 markah.

 

Sampai diumpamakan oranglah bahawa perbezaan antara kita jika dibandingkan dengan orang yang maqamnya di atas daripada kita, ibarat kita di bumi sedang melihat sebiji bintang di langit. Sampai sebegitu jauh bezanya.

 

Itulah sebabnya contoh yang Imam al-Ghazali bagi pun memang amat jauh bezanya.

 

“Maka adalah pandangannya kepada tingkat2 (yang tinggi) itu seperti pandangan orang kaya yang mempunyai 10 dirham kepada orang kaya yang mempunyai tanah dari timur ke barat. Masing2 kedua2nya orang kaya, tetapi alangkah besarnya perbezaan antara kedua-duanya. Alangkah besarnya kerugian orang yang merugi keuntungannya daripada yang demikian itu.”

 

10 dirham ini berapalah sangat. Mungkin lebih kurang RM300. Orang yang ada RM300 itu kayakah? Tak kaya. Miskin le tu. Tapi Imam al-Ghazali perturunkan contohnya itu seolah2 sesiapa yang ada RM300 tu orang kaya dah, kerana hendak dibuat perbandingan dengan orang yang lebih kaya. Jika tak dibuat macam itu, susah hendak dibuat perbandingan.

 

Jadi, satu orang kaya mempunyai RM300 manakala seorang kaya lagi memiliki tanah dari timur ke barat. Contohnya dari negara China sampailah ke Maghribi. Berapa punya kaya tu?

 

Bukan millionaire, bukan billionaire, bukan trillionaire, mungkin quadrillionaire atau atas lagi. Orang paling kaya di dunia hari ini pun kekayaannya baru mencecah USD400 billion. Itu baru billionaire. Orang yang memiliki tanah dari timur sampai ke barat itu pula?

 

Alangkah aaaamat jauh perbezaannya.

 

 

 

-          Catatan daripada Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-300 pada 20 Disember 2025. Syarahan KEAJAIBAN QALBU siri ke-22 oleh Paklong Abu Zulfiqar

No comments: