Tindakan (perubahan) setelah pengajian :
1. Laksanakan azam2 kita. Jangan biarkan ia sekadar jadi azam sahaja. Dan tentulah kena ada pengorbanan masa, tenaga, belanja dan kerehatan. Itu tak boleh lari. Kena sanggup berkorban.
2. Usahalah untuk berguru dan seterusnya belajar bahasa halus. Elakkan belajar sendiri2, kaji sendiri2 dan faham sendiri2.
3. Bagi yang sudah ada sedikit-sebanyak ilmu al-iman dan ilmu al-ihsan, tambahlah pengetahuan, pemahaman dan pencapaian dengan mendalami pula kitab Misykaatul Anwaar. Tak mahulah kita duduk pada tahap yang samaaaa je sejak dulu sampai sekarang.
4. Kita gunakanlah mata aqal, dan perhalusilah lagi dengan mata qalbu.
5. Dalam hal2 agama yang bukan dalam wilayah aqal, jangan cuba juga untuk mencapainya dengan aqal. Tak akan sampai.
6. Istiqamah mohon agar Allah lebih cerahkan mata aqal dan mata qalbu kita.
…petikan Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-293 oleh Paklong Abu Zulfiqar, Januari 2025
No comments:
Post a Comment