Tuesday, January 21, 2025

Allah Mengajari dengan Qalam

 

@ “(Allah) Yang mengajarkan dengan qalam (pena). Mengajarkan insan (manusia) apa yang tidak diketahui (oleh manusia itu).” (Al-’Alaq : 4-5)

 

Insya-Allah kita akan cuba menyampaikan huraian Imam al-Ghazali pada tahap yang sederhana. Untuk lanjutannya ke tahap yang lebih tinggi, yang itu mahu tak mahu kena duduk dan lalui tarbiyah mengikut tariq Imam al-Ghazali sendiri. Ada sukatan tarbiah dan pengisian tarbiyahnya dalam TG ini.

 

Serupalah kita belajar seni bela dan seni tempur pedang atau keris melalui video. Memang kita boleh dapat tambahan ilmu dengan melihat dan mendengar isi kandungan video itu. Untuk peringkat rendah dan pertengahan memang ok. Namun untuk mendapatkan ilmu dan kemahiran pada tahap tinggi, mahu tak mahu nak kena belajar langsung (berdepan) dengan gurunya juga, berada dalam tarbiah dan tunjuk ajar gurunya secara bertentangan wajjah.

 

Barulah boleh dapat seni2nya, yang halus2nya, rahsia2nya atau petua2nya, hal2 yang terlepas pandang oleh mata dan akal kita, dan yang seumpama dengannya.

 

-          Petikan pengajian kitab induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-291 oleh Paklong Abu Zulfiqar al-Ghazali, Januari 2025

 

 

No comments: