Tuesday, January 21, 2025

Pabila Fitnah Itu Datang

 

Apabila fitnah2 Mister Dee itu datang, manusia terbahagi kepada beberapa golongan :

1. Yang berjuang menolaknya secara terang2an.

2. Yang berjuang menolaknya secara antara terang2an dan sembunyi2.

3. Yang berjuang menolaknya secara sembunyi2.

4. Yang tidak berjuang – sekadar menolaknya lalu berdiam sahaja.

5. Yang tidak menolaknya tetapi tidak juga menyokong (jenis yang ada keputusan).

6. Yang tidak tahu sama ada mahu menolak atau menyokong (jenis yang tiada keputusan).

7. Yang menyokong tetapi tidak memperjuangkan fitnah2 itu,

8. Yang menyokong dan memperjuangkannya secara sembunyi2.

9. Yang menyokong dan memperjuangkannya secara antara terang2an dan sembunyi2.

10. Yang menyokong dan memperjuangkannya secara terang-terangan.

 

Ada yang berlari menyambutnya kerana memang sangat mahu.

Ada yang berjalan menyambutnya kerana memang mahu.

Ada yang sekadar berdiri menyambutnya kerana asalnya tidak mahu tetapi akhirnya tetap menyambutnya.

Dan ada yang kekal duduk enggan menyambutnya.

 

-          Ilmu as-sa’ah

 

180125

No comments: