Mata di kepala kita ni salah satu daripada panca indera. Mata jenis ini sangat lemah. Ia mudah terpedaya. Mata aqal pulaa, kita sebut sebagai akal je lah… akal lebih kuat daripada mata kepala… tapi, akal juga masih lemah. Banyak perkara yang tak dapat dicapai oleh akal.
Mata qalbu pulak disebut sebagai hati. Hati lebih kuat daripada akal. Tapi hati pun ada batasannya.
Oleh kerana akal kita ini sangat lemah, maka ada hal2 yang TAK DAPAT KITA CAPAI dengan akal fikiran. Ada perkara2 yang TAK AKAN MAMPU KITA FAHAM menggunakan akal fikiran.
Hal2 yang tak boleh dicapai dengan akal fikiran, kita jangan cuba capai dengan akal fikiran sebab ia boleh membuatkan kita TERSALAH JALAN.
Allah memang suruh kita gunakan akal, tapi hanya pada tempat2 yang sesuai untuk akal sahaja.
Petikan pengajian kitab Misykatul Anwar oleh Ustaz Dzul al-Ghazali
No comments:
Post a Comment