Berkata Imam al-Ghazali : “Adapun ilmu keagamaan (ilmu syar’iyah, ilmu diniyah), maka adalah diambil dengan jalan taqlid (kena mengikut) nabi2 as. Dan hal itu diperolehi dengan mempelajari Kitab Allah Ta’ala, sunnah Rasulullah saw, dan memahami maksud kedua2nya selepas didengar. Dengan demikian, sempurnalah sifat hati dan selamatlah qalbu itu daripada segala penyakit dan bencana.”
Ilmu2 keduniaan memang boleh didapatkan melalui akal fikiran, iaitu dengan cara berfikir. Ilmu jenis ini umumnya semua manusia ada, kecuali manusia yang tidak waraslah. Tidak waras itu sama ada oleh sebab penyakit, gangguan makhluk2, memasukkan bahan2 yang menghilangkan kewarasan ke dalam diri, dihipnotis, terhipnotis, dikawal dari jarak jauh, dan sebagainya.
Tetapi ilmu2 keakhiratan iaitu ilmu2 keagamaan hanya diperolehi melalui nabi2 iaitu melalui wahyu.
Ilmu ‘aqli (ilmu akal) itu tidak cukup untuk mendapatkan agama, tidak cukup untuk mendapatkan keselamatan/ kesejahteraan di akhirat.
Kata Imam al-Ghazali : “Mencukupkan dengan semata2 akal tanpa nur Al-Quran dan sunnah rasul, itu adalah terpedaya.”
…petikan Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-293 oleh Paklong Abu Zulfiqar, Januari 2025
No comments:
Post a Comment