Pada hakikatnya, Allah sahajalah yang ada tahu. Kita makhluk ini kosong tahu. Namun kita mestilah berusaha untuk menjadi orang yang lebih berilmu dan dalam masa yang sama jadi orang yang lebih mengamalkan ilmu. Umumnya untuk amal2 agama, kita dapat buat pada bila2 masa – seperti zikrullah, berlafaz zikrullah, solat sunat, berselawat, tilawah Al-Quran, puasa sunat dsb. Tapi, peluang untuk memasukkan ilmu2 ke dalam diri (berguru & belajar) hanya dapat dibuat pada masa kita ada kelapangan. Jika tiada kelapangan, tak dapatlah kita pergi berguru dan belajar. Oleh itu, sangat hargailah masa kelapangan kita, dan penuhilah masa tersebut dengan hal2 yang lebih penting berbanding hal2 yang penting, apatah lagi hal2 yang kurang penting dan tidak penting. Harapan kita – Kita berdoa agar Allah kurniakan kepada kita banyak ilmu2 dan amal2 yang bermanfaat, serta dijauhkan daripada ilmu2 dan amal2 yang tidka bermanfaat.
…petikan Pengajian Kitab Induk Ihya’ ‘Ulumuddin kali ke-293 oleh Paklong Abu Zulfiqar, Januari 2025
No comments:
Post a Comment